Bawa Kereta Lalu Depan Rumah Bekas Kekasih, Leona Harap Ryan Dalam Keadaan Baik – “Hi I Can Drive Now”

Bawa Kereta Lalu Depan Rumah Bekas Kekasih, Leona Harap Ryan Dalam Keadaan Baik – “Hi I Can Drive Now”


Pempengaruh, Kasih Iris Leona mencuri tumpuan apabila dilihat semakin mahir memandu kereta di lebuhraya.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman ini kelihatan tenang dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika memandu, tidak seperti sebelum ini yang mengakui tidak berani untuk membawa kereta.

Namun begitu, dalam video tersebut Leona berkata dia baru sahaja melepasi kediaman rumah bekas kekasihnya, Ryan.

“Guys, I’m passing by my ex boyfriend’s house. Hope he is well. Hi Ryan, how are you? I can drive now you know,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat Leona seolah-olah masih merindui bekas kekasihnya.

Malah, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa bangga melihat Leona sudah berani memandu.

@leonathe2nd

hi Ryan

♬ original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na





Source link

OR

Scroll to Top