Bayaran PIBG tertunggak, Rita Rudaini kritik tindakan tahan sijil, wang ganjaran pelajar cemerlang SPM

Bayaran PIBG tertunggak, Rita Rudaini kritik tindakan tahan sijil, wang ganjaran pelajar cemerlang SPM


Pelakon Rita Rudaini menyuarakan pandangan peribadinya mengenai isu pelajar cemerlang yang didakwa tidak menerima anugerah serta sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akibat tunggakan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Kritik tindakan tahan sijil

Screenshot

Menurut Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, tindakan berkenaan dianggap tidak wajar kerana melibatkan hak pelajar yang telah berusaha keras untuk mencapai kejayaan tersebut.

Screenshot

“Kalau pun ada tunggakan, selesaikan dengan cara bijak bukan sekat hak dia (pelajar).
“Yang berusaha itu dia, jadi kenapa hak dia dinafikan? Jangan jadikan sistem sebagai alasan untuk menindas yang tak bersalah. Sijil itu bukan ganjaran, itu bukti usaha dia yang tak patut disekat,” katanya di Instastory miliknya pada Isnin.

Dalam masa sama, Rita menegaskan isu tunggakan PIBG tidak seharusnya dikaitkan dengan pencapaian akademik sehingga menjejaskan pengiktirafan terhadap usaha pelajar.

“Biarlah dia raikan usahanya, tunggakan ‘persatuan’ (PIBG) itu jangan campur adukkan. Boleh berbincang untuk selesaikan dengan macam mana cara pun. Persatuan tiada hak nak sekat apa-apa pun.
“Persatuan pun atas nama ibu bapa dan pelajar, patut lebih tahu macam mana nak menjaga kebajikan bukan menekan-nekan (memaksa),” ujarnya.

Pada masa sama, beliau turut berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat mengambil tindakan terhadap isu tersebut, selain mempersoalkan peranan PIBG sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab secara adil kepada ibu bapa dan pelajar.

Screenshot

“Bila PIBG tak jalankan tanggungjawab dengan adil dan betul kepada ibu bapa serta pelajar pula bagaimana?
“Sumbangan, wang ringgit selama ini daripada sokongan ibu bapa walaupun hanya RM1. Tanpa sumbangan daripada ibu bapa persatuan akan lumpuh.
“Kementerian Pendidikan mohon ambil tindakan. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Persatuan hanya persatuan asalkan pelajar ini tidak pernah melakukan kesalahan melanggar undang-undang sekolah,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Rita Rudaini simpati pelajar terima bilik asrama kotor – “Masuk tahun baharu, sekolah kena bersihkan”

Terdahulu, tular di media sosial satu perkongsian oleh pengguna TikTok yang mendakwa adik sepupunya berdepan situasi tersebut ketika menghadiri majlis penyampaian anugerah di sebuah sekolah di Senawang.

Menurut dakwaan itu, pelajar yang memperoleh keputusan 9A dalam SPM hanya menerima sampul kosong tanpa sijil rasmi, manakala wang ganjaran sebanyak RM250 daripada pihak sekolah turut didakwa ditahan sementara susulan isu tunggakan yuran PIBG.

Sumber: Instagram ritrud727





Source link

OR

Scroll to Top