‘Bayern bukan pasukan underdog’

‘Bayern bukan pasukan underdog’


Pertahanan Korea Selatan, Kim Min-jae (kanan) dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama Bayern selepas mempamerkan persembahan cemerlang pada aksi Bundesliga menentang Stuttgart Sabtu lalu.

GERGASI Jerman, Bayern Munich berang dan menyuarakan kekecewaan selepas mereka dilabel sebagai pasukan bukan pilihan pada perlawanan pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara (UCL) menentang seteru di Bundesliga, Bayer Levekusen pada awal pagi Khamis.

Kelab Bavaria itu menjadi tuan rumah kepada Leverkusen yang dikendalikan Xabi Alonso.

Namun, pemerhati dan pembuat pertaruhan menjadikan Leverkusen sebagai pilihan utama untuk pertemuan ini.

Situasi itu mencetuskan rasa kurang senang legenda dan tokoh penting kebangkitan Bayern di Eropah, Karl-Heinz Rummenigge.

Menurut Rummeingge, sejarah cemerlang Bayern dalam bola sepak Eropah menyaksikan mereka jarang sekali diletakkan sebagai pasukan bukan pilihan dan sentiasa menjadi pencabar utama UCL.

Namun, Leverkusen di bawah Alonso telah membina rekod cemerlang menentang Bayern, termasuk menyingkirkan mereka daripada saingan Piala Jerman pada Disember lalu serta tidak tewas dalam enam pertemuan terakhir.

“Bayern mula dipandang rendah! Tidak mengapa kerana saya percaya para pemain bermotivasi tinggi untuk membuktikan pengkritik silap,” ujarnya.

Walaupun Bayern bergelut dalam perlawanan UCL di tempat lawan musim ini, termasuk kekalahan kepada Barcelona, Aston Villa dan Feyenoord, namun kekuatan mereka di gelanggang sendiri serta reputasi mereka di pentas Eropah tidak boleh dipandang remeh.



Source link

OR

Scroll to Top