Bayern runding sambung kontrak Kane

Bayern runding sambung kontrak Kane


Munich: Pengarah sukan Bayern Munich, Max Eberl mengesahkan kelab itu sedang berbincang untuk melanjutkan kontrak Harry Kane.

Penyerang England berusia 32 tahun itu yang menyertai Bayern pada 2023, kini terikat dengan kontrak sehingga 2027.

“Kami sedang berbincang dengan Harry, kami memang sedang berbincang,” kata Eberl pada satu acara Bundesliga di Frankfurt pada Isnin.

“Semua orang tahu pada satu ketika keputusan perlu dibuat,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayern, Jan-Christian Dreesen berkata: “Harry mempunyai keyakinan besar terhadap kami dan dia berasa selesa di Munich.

“Dia dan keluarganya sudah menetap dengan baik. Oleh itu, kami langsung tiada sebab untuk tergesa-gesa.”

Sekian lama tanpa trofi pasukan, Kane menamatkan kemarau kejuaraannya pada 2025 apabila Bayern memenangi Bundesliga.

Musim ini, Bayern lapan mata di hadapan dalam liga dan berada di tangga kedua dalam jadual Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang membabitkan 36 pasukan.

Bercakap pada Oktober, Kane berkata dia pasti boleh membayangkan untuk melanjutkan tempohnya di Jerman.

Setakat ini, Kane menjaringkan 119 gol dalam 126 perlawanan untuk Bayern, selain mencatatkan 30 bantuan gol.

Musim ini, Kane sudah meledak 34 gol dalam 30 perlawanan.

Menerusi 21 gol dalam 19 perlawanan Bundesliga, Kane berada di landasan untuk memecahkan rekod gol liga semusim iaitu 41 gol yang dicipta Robert Lewandowski pada musim 2020-21.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top