Beberapa syarikat perlombongan di Kelantan sudah ditamatkan perjanjian pajakan

Beberapa syarikat perlombongan di Kelantan sudah ditamatkan perjanjian pajakan


am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Beberapa syarikat perlombongan sudah ditamatkan perjanjian pajakan atau usaha sama dengan anak syarikat kerajaan negeri disebabkan kegagalan mematuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, penamatan itu dibuat selepas pihak kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menjalankan semakan dan penilaian menyeluruh ke atas prestasi serta tahap pematuhan syarikat terbabit terhadap syarat yang ditetapkan.

“Syarat yang kita tetapkan termasuk juga kesannya pada alam sekitar dan tadbir urus yang baik.

“Proses ini turut mengambil kira peluang mendapatkan kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang biasanya mengambil tempoh tertentu untuk diselesaikan.

“Dalam hal ini kerajaan negeri sangat ambil berat soal impak terhadap alam sekitar dan ada beberapa syarikat yang sudah kita tamatkan sebab perlanggaran pada isu itu,” katanya dalam persidangan DUN Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) berkenaan mekanisme pemantauan serta tindakan yang dikenakan terhadap syarikat perlombongan yang gagal mematuhi peraturan.

Dalam soalan yang sama, Mohd Syahbuddin mendakwa berlaku insiden pencemaran di Sungai Kelaik dan Seting di Gua Musang berikutan aktiviti perlombongan yang dijalankan sehingga notis henti kerja serta kompaun dikeluarkan dan apa tindakan di pihak kerajaan negeri.

Susulan itu, Mohamed Fadzli memohon ADUN Galas untuk memaklumkan nama syarikat yang berkaitan sebelum siasatan lanjut akan diambil.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top