Kevin De Bruyne turut dintai kelab elit Liga Pro Suadi di Arab Saudi. Foto Agensi
KELAB milik David Beckham, Inter Miami dilapor sedang mempertimbangkan untuk membuat tawaran kepada Kevin De Bruyne, sekali gus membuka kemungkinan gandingan bersama Lionel Messi.
De Bruyne telah mengumumkan minggu lalu bahawa beliau akan meninggalkan Manchester City pada akhir musim ini secara percuma.
Kini, Miami sedang meneroka kemungkinan untuk mendapatkan pemain tengah Belgium itu, walaupun Angel Di Maria, rakan sepasukan Messi dalam skuad Argentina turut muncul sebagai sasaran berpotensi menjelang separuh kedua musim MLS pada Julai ini.
Tahun lalu, De Bruyne cuba dipancing beberapa kelab elit Liga Pro Saudi, namun memilih untuk kekal bersama City bagi musim ke-10.
Miami ketika ini sudah mempunyai maksimum tiga pemain bertaraf designated players iaitu Messi, Sergio Busquets dan Jordi Alba yang tidak tertakluk kepada had gaji liga.
Setakat ini, Miami belum tewas dalam enam perlawanan awal musim baru MLS mereka.
The Herons muncul juara Perisai Penyokong musim lalu, sebelum tersingkir di tangan Atlanta United dalam aksi playoff.
Susulan kejayaan menjuarai Perisai Penyokong, Presiden Persekutan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino telah memberikan Messi dan rakan sepasukannya tiket khas ke Piala Dunia Kelab yang akan berlangsung pada musim panas ini.