Bedah siasat selesai, jenazah 3 penuntut IKBN Jitra dibawa pulang untuk pengebumian

Bedah siasat selesai, jenazah 3 penuntut IKBN Jitra dibawa pulang untuk pengebumian


am@hmetro.com.my

Alor Setar: Jenazah tiga penuntut Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra yang maut dalam kemalangan di Kilometer 49.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan selesai dibedah siasat dan dibawa pulang untuk pengebumian.

Muhammad Arif Aifan Derani, 19, selesai bedah siasat pada 9.04 malam dan jenazahnya dibawa pulang ke kampungnya di Bukit Selambau, Sungai Petani, diikuti Muhammad Habil Mohd Sobri, 19, yang dibawa pulang ke kampungnya di Gurun.

Muhammad Fahmi Jamel, 19, pula selesai dibedah siasat pada 10.35 malam dan jenazah akan dikebumikan di Jeniang, Sik.

Sementara itu, mangsa yang selamat dalam kemalangan itu, Muhammad Adib Aiman Mohamad Hasan, 19, yang berasal dari Subang Jaya, Selangor masih dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat kecederaan pada kaki.

Semua mangsa terbabit kemalangan dengan Naza Citra difahamkan ketika dalam perjalanan untuk pulang ke kampung sempena cuti Aidiladha.

Tragedi pulang beraya, 3 penuntut IKBN Jitra maut kemalangan

Gurauan akhir 3 rakan… ‘aku pi dulu na’

Kemalangan korban 3 penuntut IKBN Jitra: Pemandu MPV ditahan

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top