Beg gala pelengkap gaya

Beg gala pelengkap gaya


nurul_husna@mediaprima.com.my

RAMAI memilih mengenakan gaun hitam atau busana labuh tema sama untuk disesuaikan dalam majlis rasmi atau formal.

Meskipun pemilihan gaya itu selamat dan sesuai dengan majlis, padanan aksesori boleh memberi penataan yang lebih lengkap untuk tampil elegan.

Antara yang ‘perlu’ dibawa ialah beg gala atau ‘clutch’ yang bukan sahaja penambah seri, malah melengkapkan gaya.

Berikut cadangan beg comel yang sesuai atau cantik apabila ditampilkan dengan gaun hitam.

1. Beg kecil dengan perincian berkilau

Gaun hitam memberi dasar pesona yang bergaya atau ekslusif. Pemilihan beg tangan mini yang berkilau akan menarik fokus tetamu lain yang hadir.

Pemilihan beg gala yang berkilau tidak akan menenggelamkan pesona hitam malah ia berperanan seperti ‘spotlight’ yang memberi pesona pada busana terbabit.

2. Beg gala potongan klasik

Bentuk ringkas tetapi ketrampilan beg kecil ini sangat kewanitaan.

Potongan klasik seperti empat segi tepat, nampak kemas dan minimalis sesuai dengan penggayaan dress panjang.

3. Beg gala hitam dengan tekstur lebih menonjol

Gaya ini sering ditampilkan oleh model yang menggayakan busana glamor hitam dan beg kecil dengan perincian berkilau.

Perincian itu sama ada dengan sulaman benang berkilau atau manik disusun membuatkan ada elemen menarik pada beg terbabit.

Selain itu, gaya itu juga tidak membosankan membuatkan peminat warna hitam lebih menghargai nilai estetik lebih sederhana.

4. Beg gala dihias manik dan batu hiasan

Batu hiasan, contohnya ‘rhinestone’, menambah elemen glamor tambahan kepada beg gala kecil.

Ia lebih sesuai jika digayakan dalam majlis makan malam mewah.

Beg dengan perincian batu atau manik seringa digambarkan sebagai citarasa elit dan eksklusif.

5. Pilihan warna beg gala

Pilihan warna seperti emas, perak dan emas rose membuatkan individu berkaitan tampak mewah.

Bagi pilihan warna tona semulajadi seperti hitam, krim dan kulit, ia biasanya buat mereka yang tidak mahu penampilan terlalu menonjol.

Manakala pilihan warna berani seperti hijau zamrud, merah dan biru diraja membuatkan ‘mata’ fokus pada penampilan penggayanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top