Kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose turut mendapat perhatian rakan selebriti termasuk Azhar Sulaiman.
Menerusi satu komen ditinggalkan Azhar, pelakon itu mendoakan agar Kamal mendapat nasib yang baik selepas berpisah sama seperti Fattah Amin.
BACA: “4 Tahun Saya Beri Peluang Untuk Dia Berubah Tapi Tak Berubah”

“Dengan ini saya sumpah Kamal Adli agar mendapat nasib yang baik seperti Fattah Amin selepas bercerai,” tulisnya.
Terdahulu, Uqasha berkata dia telah memberi peluang kepada suaminya namun tiada perubahan, sebaliknya Kamal tetap dengan keputusannnya tidak mahu berpisah kerana anak mereka Hawra Uqaira memerlukan ibu dan bapanya.





