July 27, 2024

Bekas Datuk Bandar di Johor ditahan, terima sogokan lebih RM1 juta

Bekas Datuk Bandar di Johor ditahan, terima sogokan lebih RM1 juta



am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Bekas Datuk Bandar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Kluang di pejabat SPRM Johor petang tadi, kerana menerima rasuah.

Sumber SPRM berkata, lelaki berusia 63 tahun itu adalah bekas Datuk Bandar sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

“Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang tadi.

“Tangkapan dibuat berkaitan kesalahan dilakukan suspek semasa menjawat jawatan Datuk Bandar sekitar 2020 hingga 2021.

“Dalam tempoh itu, suspek menerima wang rasuah lebih daripada RM1 juta daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek di majlis berkenaan.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru pada jam 8.30 pagi esok dengan 12 pertuduhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top