Bekas ketua pegawai operasi TH dijangka didakwa di mahkamah pagi esok


Rahmat@nst.com.my

Shah Alam: Seorang bekas ketua pegawai operasi Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Berdasarkan senarai kausa mahkamah, individu itu dijadualkan didakwa di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, pada 9 pagi.

Jenis pertuduhan itu tidak dinyatakan dalam senarai mahkamah.

Difahamkan, individu itu menyertai TH pada Julai 2002 sebagai ketua bahagian akaun kumpulannya, sebelum kemudiannya menjadi ketua pegawai operasinya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top