am@hmetro.com.my
Seremban: Bekas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, 79, meninggal dunia di rumahnya di Taman Marida Senawang, di sini, malam ini.
Allahyarham yang memegang jawatan itu mulai 1 April 2009 sehingga tahun lalu menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 7.43 malam tadi.
Menantu Allahyarham yang juga Imam Masjid Negeri, Danial Farhan Dolmat, berkata arwah bapa mentuanya itu menghidap kanser hati sejak sebulan lalu.
“Keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak kebelakangan ini meskipun mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja`afar.
“Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira jam 7.43 malam ini di sisi isteri dan ahli Menurutnya, Allahyarham yang juga penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan 2005 meninggalkan isteri dan enam anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan serta 20 cucu.
“Jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan di Masjid Kariah Taman Marida malam ini manakala pada pagi esoknya akan dibawa ke Masjid
Negeri untuk solat jenazah kali kedua sebelum pengebumian di Makam Haji Mohd Said,” katanya.
Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Prof Madya Datuk Dr Faudzinaim Badaruddin, dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
“Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jualah kita kembali. Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Almarhum Dato’ Hj Mohd Yusof Hj Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd