25 Mei 2025 10:38am
Masa membaca: 4 minit
BEKAS pemain bola sepak kebangsaan T Gopinath Naidu dilaporkan meninggal dunia pada usia 50 tahun, semalam.
Khabar duka itu dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi hantaran di laman Facebook.
“FAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga mendiang T Gopinath Naidu. Beliau merupakan bekas pemain kebangsaan era 90-an selain pernah beraksi bersama pasukan Kuala Lumpur (1992-1994) dan Perak (1996),” menurut hantaran itu.
Gopinath yang diberi julukan Kuala Lumpur Wonder Boy pernah membantu skuad The City Boys memenangi kejuaraan Piala FA pada 1993 dan 1994.
Persembahan cemerlang Gopinath membawanya ke pentas antarabangsa termasuk bersama Aston Villa di England dan Bayern Leverkusen di Jerman.
Namun, Gopinath bergelut dengan kecederaan lutut yang memaksanya bersara pada 1999, ketika usianya 25 tahun.
Bersama skuad Harimau Malaya, Gopinath pernah membantu pasukan antaranya pada Sukan Asia 1994 di Hiroshima, Jepun dan pusingan kelayakan Sukan Olimpik Atlanta 1996. – Bernama
OR