Bekas pemain Real Mallorca sertai JDT

Bekas pemain Real Mallorca sertai JDT


KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus  membuat kejutan selepas mengumumkan tonggak pertahanan import baharu, Park Jun Heong semalam,

Menerusi video yang disiarkan di laman Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers, juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut itu mengumumkan pemain tengah, Enzo Lombardo sebagai pemain import baharu Harimau Selatan.

Bekas pemain Real Mallorca berusia 27 tahun itu akan memakai jersi ‘nombor 7’ yang sebelum ini disarung pemain termahal Liga Malaysia (Liga M), Jalil Elias.

Semalam, JDT mengumumkan tonggak pertahanan berusia 31 tahun, Jun Heong sebagai pemain baharu kelab itu.

“Ia adalah saat yang mana impian saya menjadi kenyataan. Ia satu penghormatan untuk bekerja dengan Tunku Mahkota Ismail dan terima kasih. Saya akan yang terbaik kepada peminat,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top