Belanjawan 2025: Kerajaan diharap tumpu penyelesaian isu kos sara hidup

Belanjawan 2025: Kerajaan diharap tumpu penyelesaian isu kos sara hidup


KUALA LUMPUR – Saban tahun, pembentangan bajet merupakan perkara yang paling dinantikan oleh rakyat di seluruh negara, tanpa mengira latar belakang. 

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, rata-rata orang ramai yang ditemui, berharap agar kerajaan dapat merangka mekanisme terbaik untuk meningkatkan taraf hidup.

Bagi Mohd Hairul Nizam Tumirin, 40, pengembalian subsidi seperti minyak masak, telur dan gula kepada rakyat amat diperlukan berikutan peningkatan kos sara hidup yang semakin mendadak.

“Saya setuju jika kerajaan dapat mengembalikan semula subsidi yang ditarik kerana penarikan subsidi amat membebankan rakyat dengan ekonomi sekarang yang terjejas.

Orang awam, Mohd Hairul Nizam, 40 bercakap kepada media mengenai Belanjawan 2025 ketika di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Foto MOHD ADZLAN, 14 OKTOBER 2024.

“Selain itu, kerajaan perlu ada inisiatif untuk mengawal harga barangan asas agar rakyat dapat menguruskan perbelanjaan harian dengan lebih baik,” katanya yang mempunyai empat orang anak yang kesemuanya masih bersekolah.

 

 

Seorang tukang sapu, yang tidak mahu dikenali berpendapat bahawa insentif yang diberikan kepada golongan yang memerlukan masih tidak mencukupi dan perlu dipertingkatkan

“Peruntukan yang sewajarnya amat diharapkan kerana semua benda yang diperlukan oleh rakyat semakin mahal, dan pendapatan kami tidak seiring dengan peningkatan kos ini. 

Tukang sapu, 52 bercakap kepada media mengenai Belanjawan 2025 ketika di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Foto MOHD ADZLAN, 14 OKTOBER 2024.

“Bantuan yang lebih besar dan bersasar perlu disediakan agar golongan seperti kami dapat bertahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar,” katanya.

 

 

 

Beliau turut berharap agar insentif seperti bantuan tunai dan subsidi untuk keperluan asas ditingkatkan untuk meringankan beban keluarga berpendapatan rendah, terutama dalam menghadapi kos sara hidup semakin meningkat.

“Jika kerajaan dapat menambah baik sistem bantuan sedia ada, ia pasti akan memberi manfaat besar kepada golongan B40 seperti kami,” tambahnya dengan penuh harapan.

Sementara itu, seorang peniaga pisang goreng, Zulkefli Zamri, 53, berharap agar kerajaan dapat memberikan bantuan gerai kepada peniaga kecil, memandangkan sokongan dalam bentuk tempat perniagaan yang lebih baik adalah amat diperlukan.

Peniaga, Zulkefli Zamri, 53 bercakap kepada media mengenai Belanjawan 2025 ketika di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Foto MOHD ADZLAN, 14 OKTOBER 2024.

“Permohonan bantuan gerai pernah dikemukakan dan telah pun dihantar ke Parlimen tapi sampai sekarang masih tiada tindakan.

 

 

 

“Selepas Covid-19, impaknya sedikit sebanyak menjejaskan mata pencarian saya. Saya perlu meniaga untuk menyara keluarga saya, ditambah pula dengan nak bayar utiliti rumah, kos perbelanjaan harian.

“Jadi saya benar-benar berharap infrastruktur perniagaan yang lebih sesuai dan selesa dapat disediakan kerajaan kepada peniaga seperti saya,” katanya – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top