Beli rumah, menang hadiah sehingga RM140,000

Beli rumah, menang hadiah sehingga RM140,000


KUALA LUMPUR: Tropicana Corporation Berhad (Tropicana) memperkenalkan kempen terbaharu, “Tropicana UPgrade – Play Your Way UP” yang memberi peluang kepada orang ramai tanpa mengira status pembeli untuk membawa pulang hadiah menarik dan menikmati pakej pemilikan hartanah yang berbaloi.

Kempen yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Disember 2025 itu menyasarkan lapan projek pembangunan terpilih di seluruh negara, termasuk di Johor, Genting Highlands, Langkawi dan Lembah Klang.

Kempen “Tropicana UPgrade” membabitkan pelbagai projek kediaman dan komersial di beberapa lokasi strategik.

Tropicana Aman, Varia Shop Offices

Hanya Gambaran Artistik

Antaranya, Tropicana Aman yang menawarkan ruang komersial seperti Varia Shop Offices, sesuai untuk usahawan yang ingin memulakan perniagaan di kawasan yang berkembang pesat.

Terletak bersebelahan Kota Kemuning, Varia Shop Offices menawarkan kedai pejabat dua hingga empat tingkat berkeluasan dari 22′ x 70′ dan menampilkan beberapa keistimewaan, termasuk akses kepada lebih 600,000 pelanggan sedia ada, kemudahan lif servis untuk semua unit penjuru dan unit empat tingkat di bahagian hujung, serta sambungan mudah ke lebuhraya utama seperti KESAS, LKSA, Lebuhraya Persekutuan, NKVE dan NPE.

Tropicana Alam, Avisa Residences

Hanya Gambaran Artistik

Sementara itu, Tropicana Alam memperkenalkan Avisa Residences yang menampilkan konsep kediaman moden dalam suasana kehijauan.

Avisa Residences terletak di Puncak Alam dan menawarkan rumah teras dua tingkat berkeluasan dari 20′ x 70′ dan reka bentuk praktikal dengan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi.

Pelanggan juga dapat menikmati taman rekreasi seluas 9.5 ekar, serta akses mudah ke Lembah Klang menerusi sambungan terus ke lebuhraya utama seperti DASH.

Tropicana Metropark, SouthPlace 2 Residences & Shoppes

Hanya Gambaran Artistik

Bagi mereka yang mencari hartanah pegangan kekal di kawasan bandar, Tropicana Metropark menawarkan SouthPlace 1 Shoppes, SouthPlace 2 Residences dan Shoppes yang direka untuk gaya hidup urban.

Keseluruhan projek hartanah SouthPlace 2 menawarkan gaya hidup urban di Subang Jaya dengan keluasan unit kediaman bermula dari 583 kaki persegi, manakala unit komersial bermula dari 562 kaki persegi.

Projek ini terletak bersebelahan taman seluas 9.2 ekar dengan akses mudah ke Lebuhraya Persekutuan, menawarkan keseimbangan sempurna antara kehijauan semula jadi dan kemudahan bandar.

Tropicana Gardens, Edelweiss Shoppes

Hanya Gambaran Artistik

Di samping itu, Tropicana Gardens menampilkan Edelweiss Shoppes yang menggabungkan elemen kediaman mewah dan ruang komersial.

Edelweiss Shoppes yang terletak di Kota Damansara ini menawarkan unit pelbagai fungsi dengan keluasan antara 250 hingga 2,226 kaki persegi di tingkat bawah dan 467 hingga 2,433 kaki persegi di tingkat atas, sesuai untuk memenuhi pelbagai keperluan perniagaan.

Lokasinya yang strategik dengan sambungan terus ke Stesen MRT Surian serta akses kepada lebih 500,000 pelanggan sedia ada menjadikannya pilihan ideal untuk pelaburan dan gaya hidup urban.

Projek lain yang turut serta dalam kempen ini termasuk Tropicana WindCity yang merangkumi Tropicana Grandhill (TwinPines Serviced Suites), Tropicana Paradise (Villa Lots) dan Tropicana Avalon (Breeze Hill Shoppes) yang menawarkan pelbagai pilihan hartanah dengan konsep resort.

Tropicana Grandhill, TwinPines Serviced Suites

Hanya Gambaran Artistik

Tropicana Grandhill memperkenalkan TwinPines Serviced Suites, sebuah projek pegangan bebas yang menawarkan unit kediaman berkeluasan antara 379 hingga 1,330 kaki persegi. 

Setiap unit dilengkapi dengan kemasan penuh, memberikan kemudahan segera kepada pemilik.

Lokasinya yang strategik berhampiran destinasi tarikan utama di Genting Highlands seperti Taman Tema Resorts World Genting dan kereta kabel Awana Skyway menjadikannya pilihan sempurna untuk pelaburan atau kediaman peribadi.

Tropicana Paradise, Villa Lots

Hanya Gambaran Artistik

Bagi yang mengimpikan kediaman eksklusif di persekitaran alam semula jadi di Genting Highlands, Tropicana Paradise menawarkan Villa Lots dengan keluasan bermula dari 4,252 kaki persegi.

Projek pegangan bebas ini menyediakan lot villa di puncak bukit dengan perkhidmatan reka bentuk dan pembinaan profesional, memudahkan pemilik membina kediaman idaman mereka.

Keistimewaan ini memberikan pelanggan akses kepada senarai arkitek dan perunding yang dikenal pasti oleh pihak pemaju.

Sekiranya perlu, pembeli boleh mendapatkan butiran hubungan arkitek dan perunding berkenaan bagi membantu mereka bentuk serta membina kediaman mengikut cita rasa masing-masing.

Walau bagaimanapun, kos penggunaan perkhidmatan arkitek dan perunding ini adalah ditanggung sepenuhnya atas pembeli.

Pemilik masih bebas untuk melantik pihak professional mereka sendiri serta menentukan reka bentuk kediaman mengikut keutamaan peribadi.

Cadangan reka bentuk yang disediakan hanyalah sebagai rujukan tambahan untuk memudahkan proses pembangunan kediaman.

Selain itu, penghuni turut boleh menikmati kemudahan mewah di kelab rekreasi yang berkonsepkan alam semula jadi serta jaminan keselamatan 24 jam oleh pasukan keselamatan terlatih.

Tropicana Avalon, Breeze Hill Shoppes

Hanya Gambaran Artistik

Tropicana Avalon menampilkan Breeze Hill Shoppes, sebuah projek pegangan bebas yang menawarkan ruang komersial eksklusif dengan keluasan antara 959 hingga 3,470 kaki persegi.

Setiap unit direka dengan siling tinggi yang memberikan fleksibiliti untuk susun atur dua tingkat menjadikannya pilihan ideal untuk pelbagai konsep perniagaan.

Dengan jumlah unit yang terhad, Breeze Hill Shoppes menawarkan peluang pelaburan yang eksklusif di lokasi yang strategik di Gohtong Jaya, Genting Highlands.

Tropicana Uplands, Fraser Heights

Hanya Gambaran Artistik

Tidak ketinggalan, Tropicana Uplands turut menawarkan Fraser Heights, rumah teres dua dan tiga tingkat yang merupakan projek pegangan bebas dan berkepadatan rendah dengan unit kediaman bermula dari 18′ x 65′.

Penghuni juga dapat menikmati persekitaran hijau yang dikelilingi taman seluas 19 ekar serta akses mudah dari Gelang Patah ke lebuhraya utama.

Lido Waterfront Boulevard, Skypark Kepler

Hanya Gambaran Artistik

Lido Waterfront Boulevard menampilkan Skypark Kepler di Johor Bahru iaitu kediaman berjenama pegangan bebas dengan keluasan antara 463 hingga 807 kaki persegi.

Kediaman berjenama pertama di Banyan Group (kumpulan pengurusan hartanah 4 teratas di dunia) di Johor Bahru ini dilengkapi kemasan berkualiti tinggi, lengkap dengan peralatan dan perabot jenama mewah.

Lokasinya yang strategik, kurang dari 5 kilometer dari RTS Link, menghubungkan Bukit Chagar di Malaysia dengan Woodlands di Singapura menjadikannya pilihan tepat untuk mereka yang berulang-alik merentas sempadan.

Tropicana Cenang, Clarissa Serviced Suites

<img class="img-responsive"<img src="https://assets.bharian.com.my/images/articles/TC_Phase3_Facilities_Podium_OverView%20%281%29.jpg"alt="Image"class="responsive"

Clarissa Serviced Suites di Tropicana Cenang menawarkan kediaman mewah tepi pantai dengan pemandangan indah Pantai Cenang dan suasana tenang Pantai Tengah.

Unit satu hingga empat bilik tidur lengkap berperabot ini sesuai untuk keluarga, dilengkapi kemudahan mesra kanak-kanak serta gaya hidup ala resort seperti bar atas bumbung dan kolam renang.

Terletak hanya 9km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, projek pegangan bebas ini menjanjikan pulangan pelaburan menarik menerusi pengurusan profesional oleh T Journey.

Clarissa Serviced Suites adalah peluang eksklusif untuk memiliki sebahagian daripada keindahan Langkawi.

Hadiah lumayan

Melalui kempen “Tropicana UPgrade – Play Your Way UP”, orang awam termasuk bakal pembeli berpeluang memenangi hadiah utama bernilai sehingga RM80,000, dengan pilihan mencampur dan memadankan daripada tiga kategori hadiah iaitu perabot, kelengkapan rumah pintar dan peralatan elektrik.

Sementara itu, dua pemenang tempat kedua akan membawa pulang hadiah saguhati bernilai RM30,000 setiap satu, juga dengan pilihan mencampur dan memadankan daripada tiga kategori berkenaan.

Untuk menyertai, peserta hanya perlu mendaftar dan bermain permainan mini atas talian.

Langkah pertama adalah menjawab Kuiz Pilihan Gaya Rumah untuk mendapatkan ganjaran permulaan dan mengumpul syiling.

Seterusnya, peserta boleh mengumpul lebih banyak syiling melalui log masuk harian, rujukan rakan dan permainan mini.

Syiling tersebut digunakan untuk membeli barangan maya dalam permainan seperti perabot premium, peralatan elektrik dan naik taraf rumah pintar.

Akhir sekali, peserta perlu menghantar rekaan rumah maya paling kreatif untuk berpeluang memenangi hadiah eksklusif.

Tropicana dalam satu kenyataan berkata, kempen ini adalah sebahagian daripada usaha Tropicana untuk menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia dengan cara yang menyeronokkan dan menguntungkan.

Tawaran menarik, pembiayaan mesra pembeli

Selain hadiah lumayan, kempen ini turut menawarkan pakej pemilikan rumah yang kompetitif bagi memudahkan rakyat memiliki kediaman idaman.

Antara keistimewaan yang ditawarkan termasuk 100 peratus yuran guaman ditanggung, 100 peratus perabot disediakan, serta 100 peratus pembiayaan bagi pembelian unit hartanah terpilih.

Menariknya, pembeli juga berpeluang menikmati kadar faedah serendah 3.7 peratus dan margin pinjaman tinggi sehingga 90 peratus + 5 peratus, sekali gus meringankan beban kewangan dan mempercepatkan proses pemilikan rumah.

Peluang terhad

Kempen “Tropicana UPgrade” bukan sekadar memberi ganjaran, malah ia satu peluang keemasan untuk rakyat menaik taraf gaya hidup dengan memiliki hartanah berkualiti dalam pembangunan Tropicana.

Orang ramai yang berminat digalakkan untuk mengunjungi galeri jualan Tropicana berdekatan atau melayari laman web rasmi Tropicana bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek yang ditawarkan di bawah kempen ini.

*Tertakluk Terma & Syarat

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top