Jaringan masa kecederaan Bellingham (kanan) membantu Real atasi City di Etihad. – Foto: Agensi
JARINGAN masa kecederaan Jude Bellingham membolehkan penyandang juara Real Madrid meraih kemenangan 3-2 ke atas Manchester City dalam perlawanan pusingan pertama playoff di Stadium Etihad pada Rabu.
Kylian Mbappe dan Brahim Diaz turut menjaringkan gol buat skuad kendalian Carlo Ancelotti itu untuk membatalkan dua gol Erling Haaland dari City, sekali gus menetapkan perlawanan timbal balik kedua di Madrid pada 19 Februari.
Haaland sebelum itu membuka tirai jaringan dengan gol pertamanya dalam karier menentang Real hasil voli pada minit ke-19.
Real bagaimanapun terpaksa menunggu separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mbappe pada minit ke-60 yang menewaskan penjaga gol, Ederson.
Haaland selepas itu kembali meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-80 apabila menyempurnakan sepakan penalti selepas Dani Ceballos menjatuhkan Phil Foden untuk gol ke-49 dalam 48 perlawanan Liga Juara-Juara.
Begitupun City kendalian Pep Guardiola bergelut untuk mengekalkan momentum apabila bekas pemain City, Brahim Diaz memanfaatkan peluang untuk menewaskan Ederson pada minit ke-86.
Bellingham pemain antarabangsa England, muncul wira Real apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92 untuk memastikan penyokong City pulang mengeluh dari Etihad.
“Saya gembira untuk gol yang dapat membantu pasukan
“Saya rasa kami bermain cemerlang dalam perlawanan yang hebat, bukan mudah bermain di sini, menentang pasukan yang cukup bagus. Tetapi kami masih ada perlawanan kedua dan kerja belum selesai,” kata Diaz.
LIGA JUARA-JUARA
KEPUTUSAN
PLAYOFF PERTAMA
Manchester City 2-3 Real Madrid
Brest 0-3 Paris Saint-Germain
Sporting Lisbon 0-3 Borussia Dortmund
Juventus 2-1 PSV Eindhoven