Belum ada kata putus nasib Sri Pahang musim depan

Belum ada kata putus nasib  Sri Pahang musim depan


sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Keputusan sama ada Sri Pahang FC akan kekal beraksi atau tidak dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/26 terus menjadi teka-teki.

Sumber Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) memaklumkan tiada sebarang kata putus dan pengesahan rasmi berhubung status skuad Tok Gajah.

“Buat masa ini, tiada mesyuarat khas diadakan untuk membincangkan status Sri Pahang FC tetapi difahamkan sesi perbincangan akan diadakan dalam masa terdekat,” kata sumber kelab itu.

Sabtu lalu, pemilik SPFC, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengumumkan beliau akan mengundur diri tahun depan.

Namun, ia tetap menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak berhubung status Sri Pahang FC sama ada kekal atau tidak beraksi susulan pengumuman Tengku Abdul Rahman.

Rata-rata peminat bola sepak, khususnya penyokong Tok Gajah mahu Sri Pahang kekal beraksi.

Berdasarkan pencapaian musim 2024-25, Sri Pahang yang dibimbing Fandi Ahmad beraksi cemerlang apabila muncul naib juara Piala Malaysia dan menamatkan kedudukan kelapan dalam saingan Liga Super serta beraksi di pusingan 16 Piala FA.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top