Belum dibincangkan! Dr Akmal Saleh masih kekal EXCO Melaka – Ketua Menteri

Belum dibincangkan! Dr Akmal Saleh masih kekal EXCO Melaka – Ketua Menteri


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, kekal memegang jawatan sebagai EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau menjelaskan, surat peletakan jawatan Dr Muhamad Akmal, yang juga ADUN Merlimau, masih belum dibincangkan secara rasmi bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam, sekaligus tiada keputusan muktamad mengenainya.

Dr Akmal Saleh masih kekal EXCO Melaka

“Surat peletakan jawatan Dr Muhamad Akmal masih dalam pertimbangan lagi, malah saya masih belum berunding dengan Tuan Yang Terutama Tun Dr Mohd Ali lagi.
“Buat masa ini, beliau kekal sebagai EXCO kerana tiada keputusan muktamad sama ada peletakan jawatannya diterima atau ditolak,” katanya selepas menghadiri Program Hari EXCO Bersama Rakyat (HEBAT) di Seri Negeri hari ini.

Program bulanan tersebut membolehkan semua Ahli EXCO Negeri turun padang berinteraksi secara langsung dengan rakyat melalui pelbagai pengisian termasuk penyampaian perkhidmatan kerajaan, sesi libat urus, serta penyelesaian isu setempat yang dibangkitkan masyarakat.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin, turut mendengar permasalahan berkaitan pembangunan luar bandar dan pertanian.

Ab Rauf berkata, kerajaan negeri berjaya menyelesaikan 271 daripada 470 aduan rakyat yang dikemukakan sempena Program HEBAT.

Baki aduan yang belum diselesaikan masih dalam perhatian kerajaan kerana sebahagiannya memerlukan penelitian lanjut oleh agensi berkaitan.

“Selain aduan, program berkenaan turut menjadi platform rakyat menyampaikan pandangan serta cadangan yang akan dijadikan asas penambahbaikan kaedah pentadbiran dan tadbir urus kerajaan negeri pada masa hadapan,” tambahnya.

Artikel lain: “Saya hanya mempertahankan..”- Akmal Saleh nafi agresif, tak pernah serang pihak lain

Pada 20 Januari lalu, Ab Rauf mengesahkan sudah menerima surat peletakan jawatan Dr Muhamad Akmal sebagai Ahli EXCO Melaka sejurus selepas mesyuarat mingguan EXCO di Port Dickson.

Dr Muhamad Akmal mengumumkan peletakan jawatan sebagai EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 15 Januari lalu.

Sumber: BH Online (Amir Mamat)





Source link

OR

Scroll to Top