Ben Amir Sah Bergelar Suami Pada Disember Lalu

Ben Amir Sah Bergelar Suami Pada Disember Lalu


Pelakon Ben Amir mengesahkan sudah sah bergelar suami kepada kekasih hatinya, Liana Alara pada Disember 2025.

Khabar gembira tersebut dibuat menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada Disember 2025. Dengan rendah hati, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin tidak berkongsi tarikh dan lokasi majlis pernikahan secara terperinci.

Sebelum ini, beberapa gambar Ben bersama Liana yang masing-masing berbaju Melayu dan berbaju kurung mencetuskan spekulasi seolah-olah memberi bayangan pasangan itu bakal bernikah, sekali gus mengundang ucapan tahniah daripada rakan artis dan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekasih Ben Amir Perkenal Nama Liana Alara – “Ia Membawa Maksud Baru, Kedamaian & Cahaya”

Terdahulu, Liana yang berasal dari FIlipina pernah berkongsi tentang fasa baharu hidup selepas memeluk Islam pada November tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: ARTIKEL BERKAITAN: “Baru Seminggu Masuk Islam…” – Kekasih Ben Amir Terkejut Ditegur Suruh Tutup Aurat Sepenuhnya

Menerusi Threads, Liana memperkenalkan nama Muslim, Liana Alara yang menurutnya membawa makna baharu iaitu kedamaian dan cahaya, selain meluahkan rasa syukur atas sokongan yang diterima.





Source link

OR

Scroll to Top