“Benda Ni ‘Perempuan’, Bahu Dia Berat & Sakit” – Ustaz Dedah Detik Cemas Amad Tumbang Akibat Gangguan Mistik

“Benda Ni ‘Perempuan’, Bahu Dia Berat & Sakit” – Ustaz Dedah Detik Cemas Amad Tumbang Akibat Gangguan Mistik


Susulan insiden yang menimpa penyanyi Amad, yang rebah sebelum selesai membuat persembahan dalam Grand Finale sebuah program hiburan baru-baru ini, seorang ustaz yang juga kawan kepada usahawan selebriti, Shuib tampil mendedahkan situasi sebenar mengenai keadaan yang berlaku.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ustaz tersebut memaklumkan, Shuib dan pihak produksi telah meminta bantuannya untuk merawat Amad.

Jelasnya, sebelum giliran Amad atau nama lengkapnya, Amad Dayyan menyanyi, keadaannya baik-baik sahaja malah dia juga dilaporkan normal dan berada dalam keadaan sihat.

Bagaimanapun sebaik sahaja gilirannya menyanyi, dia tumbang dan tidak boleh bangun gara-gara lutuk berasa lembik sehinggalah persembahan keduanya, Amad nekad untuk meneruskan nyanyian bersam Nadeera selepas ‘menarik keluar’ gangguan tersebut.

“Kebetulan saya ada di sana support sahabat saya Shuib. Mereka minta bantuan saya, bantu mana yang mampu.

“Pada mulanya, adik Amad langsung tumbang tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai gilirannya menyanyi. Tapi sebelum tu, dia sihat dan medic juga ada di situ. Amad normal dan sihat.

“Tapi lepas tarik keluar gangguan tersebut, Amad boleh bangun dan berjalan dan semangat… Cuba lawan, naik juga pentas nak menyanyi.

“Tapi, budak mana mampu nak lawan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ustaz berkenaan memaklumkan, selepas keadaan Amad dilihat kritikal pada malam tersebut, dia bertindak memulihkan penyanyi itu dan juga adiknya.

“Habis dia nyanyi terus tumbang dan pengsan. Lepastu pulihkan dia dan adiknya.

“Minta siapa-siapa yang berhampiran yang pandai pulihkan dewan MBSA tersebut. Takut kejadian sama berulang lagi.

“Apapun, uncle doakan Amad terus sihat dan kembali ceria. Insya-Allah ada rezeki yang lebih banyak menanti Amad lepas ni,” kongsinya.

Menerusi perkongsian sama, Ustaz berkenaan turut memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan detik-detik cemas Amad ketika menjalani rawatan dan mengadu mengalami kesakitan.

Malah, video pendek itu turut memaparkan Ustaz berkenaan memaklumkan kepada mereka yang terlibat di belakang tabir bahawa ‘gangguan mistik’ itu adalah seorang perempuan.

“Jangan ganggu anak ni ya!

“Perempuan. Benda ni perempuan,” tulis pada kapsyen video berkenaan.



Source link

OR

Scroll to Top