Berani Tonton, Berani Tidur? Tonton Hidang Filem Seram Premium Dari Seluruh Asia!

Berani Tonton, Berani Tidur? Tonton Hidang Filem Seram Premium Dari Seluruh Asia!


Peminat filem seram pasti tak senang duduk bulan ini apabila platform penstriman Tonton melancarkan kempen baharu mereka yang cukup menarik, ‘Berani Tonton, Berani Tidur?’

Menerusi kempen ini, Tonton menghimpunkan pelbagai filem seram premium dari seluruh Asia, menampilkan kandungan terbaik daripada TVN Movies dan Thrill khas untuk pencinta genre seram.

Antara taruhan utama di TVN Movies ialah filem box office Korea Selatan, Exhuma, yang mengisahkan dua bomoh, seorang pakar feng shui dan pengurus pengebumian yang ditugaskan memindahkan kubur lama. Tanpa disangka, tindakan mereka membangkitkan kuasa gelap yang lebih menakutkan. Filem ini dibintangi oleh Choi Min-sik, Kim Go-eun, Yoo Hai-jin dan Lee Do-hyun.

Tak kurang hebatnya, filem Dark Nuns yang menggandingkan dua nama besar, Song Hye-kyo dan Jeon Yeo-been, membawa penonton menyelami rahsia hitam yang tersembunyi di sebalik dinding sebuah biara.

Bagi peminat K-pop pula, kemunculan Yeri dari kumpulan Red Velvet dalam filem The Ghost Game pasti mencuri perhatian. Filem ini berkisarkan sekumpulan pelajar yang bermain permainan hantu di penjara tentera terbiar, tapi permainan itu akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri.

Untuk yang sukakan karya tempatan dan serantau, saluran Thrill pula menawarkan pilihan filem seram Nusantara. Antaranya Perjanjian Anak Syaitan 2 lakonan Eyka Farhana, Alif Satar dan Fasha Sandha, yang meneruskan kisah sumpahan gelap yang menghantui generasi seterusnya.

Dari Indonesia, filem Iblis mengetengahkan pasangan suami isteri lakonan Stevie Dominique dan Kim Joshua yang cuba memperbaiki hubungan rumah tangga dengan berpindah ke rumah baharu namun diganggu kejadian pelik yang menyeramkan.

Sementara itu, filem dari Thailand, Red Rain, pula mengisahkan pekerja kedai serbaneka lakonan Rikit Sittiphun yang bertemu gadis misteri, Som (Sammy Cowell). Keadaan menjadi pelik apabila hanya dia seorang yang boleh melihat dan berbual dengan gadis itu.

Sebagai pelengkap kempen ini, Tonton menawarkan promosi istimewa Tonton Premium pada harga hanya RM20 untuk akses selama tiga bulan. Gunakan kod promo BERANITONTON di laman web rasmi tonton.com.my untuk nikmati semua filem seram menarik ini.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://watch.tonton.com.my/





Source link

OR

Scroll to Top