Berbaju Putih Hadir Majlis Resepsi, Anzalna Mohon Maaf Kepada Fattah & Amira

Berbaju Putih Hadir Majlis Resepsi, Anzalna Mohon Maaf Kepada Fattah & Amira


Pelakon Anzalna Nasir memohon maaf kepada pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman berikutan hadir ke majlis resepsi mereka mengenakan busana berwarna putih.

Menerusi perkongsian di Instagram, Anzalna menjelaskan dia terlupa dengan jemputan berkenaan dan teringat dua jam sebelum majlis berlangsung sehingga kelam kabut untuk bersiap.

BACA: Netizen Ugut Boikot, Anzalna Nasir Dedah Pengikut Makin Bertambah

Bagaimanapun, Anzalna berkata dia mengenakan busana yang masih belum dipakai namun ianya berwarna putih. Anzalna turut berseloroh disebabkan busananya itu dia tidak berani untuk naik pelamin bertemu dengan pengantin.

“Wedding mula pukul 7 malam, mekap pula pukul 6:15 sekali lagi saya buat diorang kalut. So sorry guys! Saya pun tak tahu apa masalah saya. Nasib baik ada baju dalam wardrobe yang belum pernah dipakai, tapi warna putih pulak! 

“Minta maaf pengantin saya pakai baju putih terus tak berani nak naik pelamin jumpa pengantin,” katanya.

Sementara itu, Anzalna turut memuji Amira cukup cantik pada hari resepsi berkenaan serta menyifatkan Fattah bertuah memiliki penyanyi itu. 

“Apa pun, Amira memang cantik sangat semalam, Fattah memang bertuah dapat dia! Wedding reception pun best, semua penyanyi favourite saya perform, rasa macam pergi concert! Thanks again guys for having us,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top