Bercanggah syariat! Tular lelaki pakai gaun terbelah sampai paha, Menteri Agama arah JAWI siasat

Bercanggah syariat! Tular lelaki pakai gaun terbelah sampai paha, Menteri Agama arah JAWI siasat


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) diarahkan menjalankan siasatan lanjut berhubung isu tular di media sosial melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang berpakaian menyerupai wanita ketika menghadiri sebuah majlis bertaraf antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata langkah itu diambil bagi membolehkan tindakan sewajarnya dikenakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

“Perbuatan ini telah mengundang reaksi negatif masyarakat dan disifatkan sebagai mencabar sensitiviti agama serta norma budaya di negara ini.
“Dari perspektif Islam, perbuatan menyerupai jantina lain adalah bercanggah dengan syariat dan tidak wajar dinormalisasikan dalam masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel lain: Tiada larangan guna dekorasi perayaan bukan Islam, selagi patuh prinsip halal – Menteri Agama

Menurut beliau, JAWI turut diarahkan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menurunkan kandungan berkaitan di media sosial.

Tular lelaki pakai gaun terbelah sampai paha

Zulkifli berkata, pendekatan dakwah dan pencegahan akan terus diperkukuh menerusi khutbah, program keagamaan serta penyampaian di platform media sosial bagi meningkatkan kefahaman masyarakat, selain memelihara keharmonian dan nilai budaya negara.

Baru-baru ini, tular di aplikasi media sosial satu kandungan video berdurasi 27 saat yang memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita menerima anugerah dalam sebuah majlis bertaraf antarabangsa, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Sumber: FB YB Senator Dr. Zulkifli Hasan





Source link

OR

Scroll to Top