“Bercerai Sebab Lain, Saya Boleh Cakap Nabila Tak Pernah Kurang Ajar” 

“Bercerai Sebab Lain, Saya Boleh Cakap Nabila Tak Pernah Kurang Ajar” 


Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata dia tidak terasa apabila ada yang mempersoalkan tindakannya menegur segelintir pencipta kandungan agar tidak menjadikan isu ‘takut bini’ sebagai konten.

Memetik Harian Metro, Sharnaaz berkata perceraiannya dengan bekas isteri iaitu Noor Nabila kerana tiada persefahaman.

BACA: Sharnaaz Ahmad Tetap Hormat Bekas Isteri Biarpun Dah Berpisah

“Saya bercerai dengan Nabila 100 peratus sebab benda lain dan ia mengenai persefahaman dan tiada kena mengena tentang tak hormat dan sebagainya.

“Saya boleh cakap Nabila tak pernah bersikap kurang ajar sampai macam mereka yang muat naik video kontroversi kerana dia tak pernah buat macam itu.

“Kami bercerai kerana tiada persefahaman, tapi hubungan kami masih okay sampai sekarang dan tiada masalah pun,” katanya.

Sementara itu, Sharnaaz berkata hubungannya dengan Nabila masih baik serta bekerjasama membesarkan anak tunggal mereka iaitu Jebat Jayden.

“Kami okay sahaja sahaja dan dia pun tahu saya pergi mana pun. Malah, saya akan tolong jaga anak kalau dia ada urusan termasuk dia tolong ‘orderkan’ makanan sekali. Kami tak pernah ada masalah.

“Kalau saya ada teman wanita atau jika dia ada teman lelaki dan sudah berkahwin lain pun, saya tetap akan hormat pada suaminya.

“Bagi saya, kalau kita sudah ada tahap kematangan dan saling memahami itu, insya-Allah, tiada masalah dalam hubungan,” katanya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top