Berdoa dalam solat dengan doa bukan daripada Nabi SAW

Berdoa dalam solat dengan doa bukan daripada Nabi SAW


– Advertisement –

Soalan:

Bolehkah ketika dalam solat umpamanya dalam sujud atau sebelum salam kita berdoa dengan doa yang bukan doa daripada Nabi SAW seperti mendoakan agar anaknya lulus dalam peperiksaan?

– Advertisement –

Saya bertanya kerana ada orang kata bidaah tidak boleh berdoa dengan doa yang Nabi SAW tidak baca.

Jawapan:

Doa yang paling afdal kita baca ialah doa yang tersebut dalam Quran dan doa yang dibaca oleh Nabi sollallahu alaihi wasallam sebagaimana datang dalam kitab-kitab hadis.

Akan tetapi harus membaca doa-doa yang bukan daripada Quran dan bukan daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam. Terpulang kepada masing-masing doa yang dia suka sama ada doa yang bangsa dunia atau akhirat.

Berkata Al-Hafidz Imam Ibnu Abdil Barr:

وأما قول مالك: لا بأس بالدعاء في الصلاة المكتوبة، فهو أمر مُجمَع عليه إذا لم يكن الدعاء يُشبِه كلامَ الناس، وأهل الحجاز يُجيزون الدعاء فيها بكل ما ليس بمأثم من أمور الدين والدنيا

Ertinya: “Dan ada pun perkatan Imam Malik yaitu tiada mengapa berdoa di dalam solat yang wajib. Ialah perkara yang diijmakkan atasnya apabila tidak menyamai percakapan manusia. Dan ulamak Hijaz mengharuskan berdoa dalam solat yang wajib dengan sekalian jenis doa yang tidak menjadikan dosa sama ada berkait urusan agama atau pun dunia.” (Kitab Al-Istizkar)

Tersebut pada Majlis Fatwa Negeri Mesir:

فالذي عليه جمهور الفقهاء؛ من المالكية والشافعية والحنابلة في قول: أنه يجوز للمسلم أن يدعو في صلاته بما شاء مِن حوائج الدنيا والآخرة، مع اتفاقهم على أفضلية الدعاء المأثور في الصلاة على غيره

Ertinya: “Maka pendapat jumhur ulamak fiqah dari kalangan mazhab Maliki dan Syafie dan Hanbali ialah sungguhnya harus bagi seorang Islam bahawa berdoa dalam solatnya dengan apa sahaja doa yang dia mahu daripada segala urusan dunia dan akhirat. Dan mereka juga sepakat atas bahawa doa dari Quran dan Sunnah adalah lebih afdal daripada doa-doa selainnya.”

Kesimpulannya, harus bedoa dengan doa yang bukan daripada Quran dan Sunnah di dalam solat seperti di dalam sujud atau sebelum tahyat.

Doa daripada Quran dan Sunnah adalah doa yang paling afdal.

Orang yang berkata wajib baca doa daripada Quran dan Sunnah adalah ahli bidaah kerana memandai-mandai membuat hukum sendiri kerana perkataannya bercanggah dengan Quran dan Sunnah yang membenarkan apa sahaja doa yang baik sama ada berkait akhirat atau dunia.

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 10/5/2025

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top