Beregu negara lepas halangan pertama

Beregu negara lepas halangan pertama



sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bermula langkah kanan selepas menewaskan lawan dari Indonesia, Shohibul Fikri-Daniel Marthin untuk ke pusingan kedua Masters China, hari ini.

Dalam aksi pusingan pertama di Gimnasium Shenzhen Bay, Aaron-Wooi Yik yang diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan tidak berdepan masalah untuk menang straight set 21-12, 21-18 dalam masa 39 minit.

Menanti mereka adalah rakan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong yang turut mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selepas mengalahkan Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul dari Thailand 21-19, 21-15 dalam masa 37 minit.

Mereka kini cuba mencipta pecutan akhir untuk layak ke Jelajah Dunia Akhir BWF namun hanya akan terjadi sekiranya beregu nombor satu negara itu berjaya muncul juara pada kejohanan ini.

Berdasarkan kedudukan terkini Jelajah Dunia Akhir, Aaron-Wooi perlu bersaing dengan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk mengiringi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang sudah mengesahkan tempat lebih awal.

Sementara itu, beregu campuran negara, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei juga bermula positif selepas menewaskan wakil Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan untuk ke pusingan kedua.

Namun begitu, Tang Jie-Ee dipaksa bekerja keras untuk menang ke atas lawan mereka dalam pertarungan tiga set 21-23, 9-21, 21-12 dalam masa 59 minit.

Menanti mereka di pusingan seterusnya sama ada beregu Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue atau Zhou Zhi Hong- Bao Li Jing dari China yang akan turun bermain esok.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top