Berkat Rezeki Berniaga, Kini Muabellaz Buka Kedai Runcit BellazMARTNUART Di Kedah! – Hijabista

Berkat Rezeki Berniaga, Kini Muabellaz Buka Kedai Runcit BellazMARTNUART Di Kedah! – Hijabista

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ibu dan ayah tidak ada gantian di dunia”.

Kata-kata tersebut, mungkin telah biasa atau acap kali kita baca dan dengari. Tetapi itulah pesanan yang selalu dan perlu diingatkan kepada kita semua, insan yang digelar anak.

Setinggi mana darjat, pangkat dan jawatan tokoh itu, namun ingatlah, lahirnya ia daripada seorang ibu dan ayah. Sekaya mana harta dan wang seorang jutawan itu, tidak ada nilai kekayaan dan tandingan terhadap kasih ibu dan ayah.

Ibu dan ayahlah yang mengasuhmu wahai anak, sehingga kamu berjaya. Ingatlah kita semua memegang gelaran sebagai anak, maka janganlah kita sombong dengan kedua ibu bapa, walau sehebat mana sosok dirimu di dunia.

Oleh itu, tidak ada ruang sebagai seorang anak dalam menidakkan kewajipan untuk menjaga dan berbuat baik terhadap ibu dan ayah. Sedarlah wahai anak-anak sekalian, kita dipertangungjawabkan keatas kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT ini.

Firman Allah SWT:-

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Isra’: 23)

Sheikh Mustafa al-Maraghi ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT benar-benar mewasiatkan tanggungjawab terhadap kedua-dua ibu dan ayah secara serius, sehingga anak-anak yang derhaka terhadap ibu dan ayah akan meremang bulu romanya dan merasa ngeri apabila mendengarnya.

Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3932).

Namun ada situasi anak-anak membenci ibu mereka. Berikut perkongsian daripada Instagram Imam Muda Hassan Adli seperti yang dikongsikan di Instagramnya.

BENCI IBU TAK MENGUNTUNGKAN

Mungkin ada di kalangan kalian yang sangat sayangkan ibunya.

Dan mungkin juga ada di kalangan kalian yang bencikan ibunya.

Dan boleh jadi juga di kalangan kalian yang sangat bencikan ibunya.

View this post on Instagram

BENCI IBU TAK MENGUNTUNGKAN Mungkin ada di kalangan kalian yang sangat sayangkan ibunya. Dan mungkin juga ada di kalangan kalian yang bencikan ibunya. Dan boleh jadi juga di kalangan kalian yang sangat bencikan ibunya. Teman pernah ditanya soalan tentang ibu, dia ni seorang anak yang memang bencikan ibunya. Sebab ada kisah silam yang menjadikan hidupnya berubah gara-gara kerana sikap ibunya. Sayang ke, benci ke, sangat benci terhadap ibu ke, ianya tak dapat nak mengubah takdir, dan ia tetap tak boleh nak ubah status seorang ibu. Kalau nak buang ibu jauh-jauh, nak putus hubungan sekalipun, ibu kita tetap ibu kita walau apa keadaan sekalipun. Ibu tetap seorang manusia yang ada kekurangannya. Ibu kita tetap ada dosanya, adakalanya kata-katanya mengguris hati. Kadangkala perbuatannya tersalah jua sebab dia seorang manusia, dia bukan Malaikat. Kadangkala kasihnya pada anak tak sama antara Along dengan Angah, Ucu dengan Ude. Ada lebih, ada kurang. Sebab dia seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Jeles Along pada Angah sebab ibu lebihkan Angah. Apa-apa je Angah. Along ni ibu tak pandang langsung. Ye, sebab ibu seorang manusia yang tak sempurna. Sebenci-benci anak kepada ibunya, satu perkara yang WAJIB kita tahu dan sedar, dia adalah SYURGA kita. Ada sesiapa yang teringin nak masuk Neraka? Teman yakin semua nak masuk SYURGA. Kalau Syurga depan mata kita sekarang ni pun kita benci, agak-agaknya dapat ke nak masuk Syurga Hakiki nanti? Jika ada di kalangan kita yang berhadapan dengan masalah ibu, anggaplah ia sebagai ujian. Ujian bagi orang Mukmin sebagai hiburan. Jangan anggap ia sebagai tekanan, nanti kita stress, berkat pun tak dapat. Jika ibu benci kat kita, jangan pula kita benci dengan ibu. Teruskan berbuat baik dengan dia, anggaplah ia sebagai jalan yang sukar untuk menuju Syurga. Memang nak pergi ke Syurga jalannya sukar! Sabarlah dan syukurlah sebab kita masih punyai Syurga 😊 Hassan Adli Ustaz KRT #imammudahassan #ustazKRT

A post shared by Imam Muda Hassan (@imammudahassan) on

Saya pernah ditanya soalan tentang ibu, seorang anak yang memang bencikan ibunya. Sebab ada kisah silam yang menjadikan hidupnya berubah gara-gara kerana sikap ibunya.

IBU KITA MANUSIA BIASA BUKAN MALAIKAT

Sayang ke, benci ke, sangat benci terhadap ibu ke, ianya tidak dapat hendak mengubah takdir, dan ia tetap tidak boleh ubah status seorang ibu. Kalau hendak buang ibu jauh-jauh, hendak putus hubungan sekalipun, ibu kita tetap ibu kita walau apa keadaan sekalipun.

Ibu tetap seorang manusia yang ada kekurangannya. Ibu kita tetap ada dosanya, adakalanya kata-katanya mengguris hati. Kadangkala perbuatannya tersalah jua sebab dia seorang manusia, dia bukan malaikat.

Kadangkala kasihnya pada anak tidak sama antara Along dengan Angah, Ucu dengan Ude. Ada lebih, ada kurang. Sebab dia seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Iri hati Along pada Angah sebab ibu lebihkan Angah. Apa-apa sahaja Angah. Along ibu tidak pandang langsung. Ye, sebab ibu seorang manusia yang tidak sempurna.

Sebenci-benci anak kepada ibunya, satu perkara yang WAJIB kita tahu dan sedar, dia adalah SYURGA kita.

Ada sesiapa yang teringin hendak masuk neraka? Saya yakin semua hendak masuk SYURGA. Kalau syurga depan mata kita sekarang ini pun kita benci, agak-agaknya dapat ke tidak kita masuk syurga hakiki nanti?

Jika ada di kalangan kita yang berhadapan dengan masalah ibu, anggaplah ia sebagai ujian. Ujian bagi orang Mukmin sebagai hiburan. Jangan anggap ia sebagai tekanan, nanti kita stres, berkat pun tak dapat.

Jika ibu benci pada kita, jangan pula kita benci dengan ibu. Teruskan berbuat baik dengan dia, anggaplah dia sebagai jalan yang sukar untuk menuju syurga. Memang hendak pergi ke syurga jalannya sukar!

Sabarlah dan syukurlah sebab kita masih punyai syurga.

Kesimpulannya seburuk mana pun ibu, dia tetap ibu yang melahirkan kita ke dunia ini. Hargailah dia selagi dia masih bernyawa.

Sumber kredit: Instagram Imam Muda Hassan Adli

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top