‘Bermain menentang United di Old Trafford sentiasa sukar’ – Enzo Maresca

‘Bermain menentang United di Old Trafford sentiasa sukar’ – Enzo Maresca


PENGENDALI Chelsea, Enzo Maresca berdepan cabaran getir untuk menamatkan kemarau kemenangan 12 tahun di Old Trafford apabila skuad kendaliannya bertandang menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

Chelsea kali terakhir meraih kemenangan di Theatre of Dreams pada Mei 2013 menerusi jaringan lewat Juan Mata, manakala pertemuan kedua-dua pasukan ini juga tercatat sebagai aksi paling kerap berakhir seri dalam sejarah liga teratas England itu dengan 27 keputusan seimbang.

The Blues kini berada di tangga kelima liga selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan awal manakala United tercampak ke kedudukan ke-14 dengan hanya satu kemenangan.

Namun, Maresca tetap berwaspada terhadap ancaman skuad Ruben Amorim yang sedang terluka selepas dibelasah 0-3 Manchester City dalam derbi hujung minggu lalu.

“Bermain menentang United di Old Trafford sentiasa sukar, tidak kira bila masanya. Musim ini, ada perlawanan yang keputusan tidak menggambarkan prestasi sebenar mereka.

“Contohnya menentang City, ketika kedudukan 0-0 mereka ada peluang untuk menjaringkan gol. Jadi, tiada keraguan, ia akan menjadi perlawanan sengit,” kata Maresca yang mengakui faktor tekanan selepas deretan keputusan hambar akan mendorong United tampil lebih bersemangat di hadapan penyokong sendiri.

LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (20 SEPTEMBER)

Liverpool lwn Everton

(Stdm Anfield, 7.30 malam)

Burnley lwn Nottingham Forest

(Stdm Turf Moor, 10 malam)

Brighton lwn Tottenham Hotspur

(Stdm Amex, 10 malam)

West Ham United lwn Crystal Palace

(Stdm London, 10 malam)

Wolverhampton lwn Leeds United

(Stdm Molineux, 10 malam)

AHAD (21 SEPTEMBER)

Manchester United lwn Chelsea

(Stdm Old Trafford, 12.30 tengah malam)

Fulham lwn Brentford

(Stdm Craven Cottage, 3 pagi)

Sunderland lwn Aston Villa

(Stdm of Light, 9 malam)

Bournemouth lwn Newcastle United

(Stdm Vitality, 9 malam)

Arsenal lwn Manchester City

(Stdm Emirates, 11.30 malam)

 

 

Ringkasan AI

  • Enzo Maresca berdepan cabaran untuk memperolehi kemenangan pertama Chelsea di Old Trafford sejak Mei 2013
  • Chelsea dan Manchester United mempunyai rekod 27 perlawanan berakhir seri, paling tinggi dalam liga
  • Chelsea berada di tangga kelima liga selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat perlawanan
  • Manchester United berkedudukan ke-14 dengan hanya satu kemenangan
  • Maresca menekankan perlawanan menentang United akan menjadi sengit walaupun prestasi terkini United tidak menggambarkan kekuatan sebenar mereka



Source link

OR

Scroll to Top