Perkongsian pelakon Mawar Rashid menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama seorang jejaka namun tidak didedahkan wajahnya.
Hantaran Mawar itu seolah memberi bayangan hatinya sudah dimiliki seorang jejaka dan teruja untuk menyambut hari raya serta berpakaian sedondon.
BACA: Netizen Terkejut Tengok Video Mawar Rashid Pakai Seluar Ketat
“Saya rasa raya tahun ini akan menjadi lebih istimewa, berpasangan dengan pakaian sedondon,” katanya.
Sementara itu, dalam satu hantaran di Insta Story, Mawar turut berkongsikan menerima kejutan jambangan bunga dan biskut.

Terdahulu, Mawar pernah berkahwin dengan usahawan Raf Yaakob pada November 2017 namun bercerai pada November 2023.
Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang.






