September 8, 2024

Berpisah cara baik, FAM nafi Pan Gon perlu bayar pampasan RM3 juta

Berpisah cara baik, FAM nafi Pan Gon perlu bayar pampasan RM3 juta


KUALA LUMPUR- FAM menafikan laporan yang mengatakan bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon perlu membayar pampasan RM3 juta kepada badan sukan itu.

Timbalan Presidennya, Datuk Yusoff Mahadi berkata, FAM dan Pan Gon berpisah secara baik walaupun jurulatih dari Korea Selatan itu menamatkan kontraknya secara mengejut.

Jelas beliau, Pan Gon memainkan peranan penting dalam perkembangan skuad Harimau Malaya antara membawa Malaysia ke saringan Piala Asia di Qatar, secara merit buat pertama kali dalam tempoh 43 tahun.

“Pada kebiasaannya, mengikut undang-undang buruh, pampasan perlu dibayar jika kontrak ditamatkan atau pekerja dipecat.

“Bagaimanapun, dalam kes Pan Gon, kedua-dua pihak setuju berpisah secara baik kerana FAM mengambil kira usaha beliau dalam meningkatkan prestasi Harimau Malaya dalam tempoh dua setengah tahun yang lalu.

“Kami menghormati keputusan Pan Gon dan menghargai sumbangan beliau kepada pasukan,” katanya.

Terdahulu, terdapat khabar angin yang berlegar di media-media sosial mengatakan Pan Gon perlu membayar pampasan RM3 juta kepada FAM kerana menamatkan kontraknya lebih awal.

Pan Gon sepatutnya bersama skuad bola sepak kebangsaan itu sehingga hujung tahun depan.-MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top