September 8, 2024

Berpisah dengan Harimau Malaya tidak bermakna ‘bercerai’ selama-lamanya – Pan Gon

Berpisah dengan Harimau Malaya tidak bermakna ‘bercerai’ selama-lamanya – Pan Gon


KELANA JAYA – Ketua Jurulatih Bolasepak Kebangsaan Kim Pan Gon berkata, beliau terpaksa berundur lebih awal dari pasukan Harimau Malaya kerana komitmen peribadinya.

Perkara itu dimaklumkan Pan Gon dalam sidang media khas di Wisma FAM di sini. Kontrak jurulatih dari Korea Selatan itu bersama Harimau Malaya sepatutnya berakhir pada Disember 2025.

“Saya dengan rasa dukacita dan berat hati mahu membeeritahu peyokong setia Harimau Malaya di negara ini bahawa saya membuat keputusan melepaskan jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya.

“Saya terpaksa mengambil keputusan agak berat ini kerana atas dasar komitmen peribadi dan sedar ini agak berat untuk diterima anda tetapi harap anda hormati dan terima ia dengan hati terbuka.

“Ini tak bermakna hubungan saya dengan Malaysia sudah berakhir selamanya, saya mungkin menyumbang dalam cara lain, saya sudah memacak legasi saya dengan kuat di sini,hubungan kita akan terus akrab di mana jua berada.

“Mungkin saya balik ke Hong Kong dan kembali jumpa sebagai kawan, apa pun masa yang akan menentukannya.

“Saya doakan agar skuad Harimau Malaya dan penyokong setianya sentiasa dirahmati tuhan dan melimpahkan segala kejayaan yang disasarkan,” katanya dalam sidang media yang dihadiri puluhan media hari ini.

Pan Gon mengendalikan skuad kebangsaan sejak 2022 menggantikan pengendali tempatan, Tan Cheng Hoe.

Untuk rekod dalam tempoh dua tahun ini beliau berjaya meningkatkan rangking Harimau Malaya dalam pentas dunia.

Menurut Pan Gon, keputusan beliau secara mengejut itu tidak akan menggugat skuad kebangsaan serta pasukan kejurulatihan yang dibentuk sepanjang pengendaliannya.

Sebaliknya beliau menyeru seluruh kepimpinan FAM dan pasukan kebangsaan meneruskan perjalanan mereka ke arah mencapai visi mereka.

“Sistem yang saya bentuk dalam skuad kebangsaan tidak akan terjejas sama sekali dan tidak akan menggugat skuad Harimau Malaya dengan pengunduran saya ini, itu seratus peratus pasti.

“Sentiasa bangga kepada diri anda dan jangan sesekali kesal dengan keputusan saya.
mungkin esok pagi saya bangun akan menyesal tetapi bukan anda. Anda perlu meneruskan perjuangan ini sokong skuad kebangsaan ke arah kejayaan,” ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, beliau telah mengharungi satu perjalanan yang indah mengemudi dan membantu Harimau Malaya memperbaiki persembahan dan ranking dunia FIFA.

Beliau turut menyatakan keyakinannya skuad berkenaan mampu pergi jauh dan muncul sebagai pasukan terkuat.

Pan Gon turut ditanya faktor yang mendorong beliau meninggalkan skuad kebangsaan selepas bertegas untuk terus kekal Bersama skuadnya pada Mac lalu.

Beliau berkata, berita yang ditularkan pada Mac lalu kononnya beliau bakal meninggalkan skuad Harimau Malaya hanyalah khabar angin semata-mata.

“Berita yang tular pada Mac lalu (letak jawatan) adalah berita palsu, lagi pun memang benar saya pernah bertegas untuk terus kekal bersama Harimau Malaya selama  mungkin.

“Tetapi selepas aksi antarabangsa berdepan Taiwan saya ubah pemikiran dan telah mengadakan beberapa siri pertemuan bersama Presiden FAM Datuk Hamidin dan meluahkan hasrat untuk berundur.

“Pada beberapa siri perjumpaan pertama, ternyata Hamidin terkejut dan tidak bersedia untuk melayan keputusan ini, tetapi saya berusaha kuat selama empat minggu sepanjang Jun lalu dan akhirnya Hamidin terima keputusan berat yang saya ambil ini,” tegasnya lagi.-MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top