Perkongsian seorang individu di laman Threads menjadi perhatian ramai apabila memuji pelakon Fattah Amin yang berjasa besar kepada suami-suami satu Malaysia.
Menerusi perkongsian itu, lelaki berkenaan turut menyifatkan Fattah suami contoh serta bapa yang penyayang.
BACA: Amira Othman Teruja Sambut Raya Pertama Dengan Keluarga Fattah Amin

“Besar jasa Fattah kepada suami-suami satu Malaysia. Banyak kita boleh ambil contoh dari dia. Sabar, jaga aib, hensem, pemurah, bertanggungjawap, rajin, tak kedekut, bapa penyayang, hensem & paling penting nampak circle nya baik-baik,” tulisnya.
Sementara itu, individu itu turut mendakwa meskipun Fattah difitnah menculas nafkah dan berlaku curang namun ramai yang tidak percaya.
Terdahulu, bekas isteri aktor berkenaan iaitu Fazura mendedahkan dia dan anaknya, Nur Fatima Aisya, tidak pernah menerima duit raya daripada Fattah sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.





