Pelakon Betty Banafe mendedahkan dia terpaksa turun naik mahkamah hampir setiap bulan, dengan 17 kes saman difailkan terhadapnya termasuk lima komital yang tidak berkaitan dengan isu penjagaan sementara anak-anak.
Menerusi perkongsian di Facebook, Betty turut terkilan serta mengatakan anak-anak boleh terkesan berikutan konflik melibatkan orang dewasa.
BACA: Betty Banafe Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
“Saya dah cukup sabar , tahun ke 8, naik turun mahkamah setiap bulan, dengan melayan karenah 17 kes fail saman yg di buka termasuk 5 komital entah apa apa benda yg dikomitalkan tak ada kena mengena dengan perintah penjagaan sementara.
“Tak kesian ke tengok anak-anak terpaksa hadap perbualan negatif dan toksik setiap kali berjumpa?” katanya.
Betty turut meluahkan rasa kesal apabila bekas suami bersama ahli keluarganya bersama peguam datang ke rumah untuk mengambil anak-anak berikutan wujud laporan palsu dilaporkan anak-anaknya di dera olehnya dan pembantu.
“Satu van penuh wakil dengan pakar sikologi untuk anak anak dan orang tua, buat soal selidik atas perkara penderaan? Akhirnya akui perwatakan mereka semua sangat positive dan tiada unsur unsur penderaan.
“Apa lagi usaha nak memburukkan reputation saya wahai bekas suami dan keluarga nya? Cukup cukup la. Letih la. Waktu cerai dulu, langsung saya tak minta nafkah mutaah, tak minta nafkah eddah maupun nafkah harta sepencarian.
“Cukup cukup lah..saya hanya nak berdamai cerai mencari ketenangan jiwa dan memperbaiki diri. Salah ke lagi?” tulisnya.






