“Runtuhkan rumah tangga orang sehingga bercerai itu lebih dahsyat”, demikian respons usahawan selebriti, Nur Fazura apabila dia tampil mempertahankan rakannya, Ricky Rozam yang mendakwa dirinya telah difitnah.
Menerusi hantaran di Threads, Fazura berpesan pada sahabatnya itu agar terus kuat dan tidak terpedaya dengan fitnah yang dikatakan mampu meruntuhkan rumah tangganya.
“Biarkan penyondol cap kancil fitnah kita macam-macam. Beringatlah, meruntuhkan rumahtangga orang sehingga bercerai itu lebih dahsyat.
“Semoga diri kamu itu cuba bawa bermuhasabah diri dari sentiasa menganiaya dan mencari-cari salah orang lain, pesanan untuk diri kita juga ya sahabat ku Ricky Rozam mudah-mudahan,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu menasihati Ricky agar reda dengan apa yang berlaku meskipun segala kebaikan yang dilakukan tidak dihargai.
“Sayang Ricky saya selalu. Kalau dia dan keluarga dia tak nak kenang kebaikanmu, redhakan sahaja.
“Ramai lagi yang menyayangimu dan ingatlah, sesungguhnya Allah ada,” luahnya.
Bagaimanapun menerusi pemerhatian XTRA, hantaran Ricky itu telahpun dipadam.
Terdahulu, Ricky meluahkan kekecewaannya apabila seorang individu melemparkan fitnah ke atas dirinya.
Bagaimanapun, lelaki itu dilihat sudah menurunkan semula perkongsian yang dimuat naik dan memadam akaun media sosial tersebut.





