Bijak berbelanja, konsisten menyimpan ketika musim perayaan

Bijak berbelanja, konsisten menyimpan ketika musim perayaan


MUSIM perayaan seperti Aidilfitri sentiasa membawa suasana tersendiri yang dinantikan segenap lapisan masyarakat.

Kemeriahan mula terasa dengan persiapan rumah, penyediaan juadah tradisi serta detik berharga berkumpul bersama keluarga tercinta.

Bagaimanapun, dalam kesibukan membuat persiapan, aspek perbelanjaan merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. 

Meskipun ramai yang mahu memastikan segala keperluan tersedia, timbul keperluan untuk lebih berhati-hati supaya tidak berbelanja secara berlebihan.

Memandangkan kos sara hidup yang semakin mencabar, pengurusan kewangan yang bijak menjadi kunci utama agar tidak terbeban selepas tamat tempoh keraian. 

Memahami keperluan itu, Maybank meneruskan sokongannya menerusi pelancaran kempen perayaan sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Ganjaran berganda simpan dan belanja

Menerusi Kempen Debit & Save yang berlangsung hingga 30 Jun 2026, pelanggan berpeluang mengumpul penyertaan dengan menambah baki simpanan atau berbelanja menggunakan Kad Debit Maybank.

Setiap peningkatan sebanyak RM100 dalam akaun simpanan yang mengambil bahagian melayakkan satu penyertaan, manakala setiap RM50 perbelanjaan menggunakan kad debit turut memberikan peluang yang sama.

Lebih menarik, transaksi e-dagang, perbelanjaan di luar negara serta pembayaran melalui e-dompet dan Google Pay menawarkan gandaan penyertaan yang lebih tinggi.

Enam pemenang utama bakal membawa pulang baucar pelancongan bernilai RM10,000.

Selain itu, seramai 20 pemenang Hadiah Pertama akan menerima pulangan tunai RM1,000 setiap seorang.

Bagi Hadiah Khas pula, 20 pemenang dalam kalangan pembelanja tertinggi menggunakan MyDebit akan menerima pulangan tunai RM1,000 setiap seorang.

Sementara itu, seramai 3,450 pemenang Hadiah Bonus akan menikmati pulangan tunai RM100 setiap seorang.

Antara akaun yang terlibat termasuk Kawanku Savings, Basic Savings, Zest-i dan Savings Account-i.

Bagi menyertai kempen ini, pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu melalui satu daripada tiga kaedah berikut, iaitu dengan menghantar SMS RY26 ke 66628, membuat deposit RM26 ke dalam akaun Maybank, atau mendaftar melalui laman kempen Maybank2u (M2U).

Selepas pendaftaran berjaya, pelanggan hanya perlu menyimpan dalam akaun yang layak serta berbelanja menggunakan kad Maybank MyDebit untuk melayakkan diri memperoleh penyertaan dalam kempen ini.

Peluang memenangi kereta misteri, pulangan tunai

Pemegang Kad Kredit dan Kad Caj Maybank boleh menyertai Kempen ‘Cards Spend & Win’ dari 9 Mac hingga 8 Jun 2026.

Setiap transaksi minimum RM100 bagi perbelanjaan runcit dan petrol melayakkan peserta menerima dua penyertaan.

Gandaan dua kali penyertaan turut diberikan bagi setiap transaksi minimum RM100 menggunakan Kad Maybank Islamic, serta bagi setiap transaksi minimum RM500 menerusi Pelan Ansuran Maybank EzyPay/-i.

Seramai lima pemenang bertuah berpeluang memenangi satu kereta misteri setiap seorang, dengan model kenderaan dinyatakan di laman kempen rasmi.

Selain itu, Hadiah Khas menawarkan pulangan tunai RM1,000 kepada 60 pemenang, masing-masing 20 pemenang bagi kategori kad kredit Visa, kad kredit Mastercard serta kad kredit dan caj American Express.

Bagi pemegang kad prinsipal baharu yang diluluskan sepanjang tempoh kempen, mereka akan menerima gandaan 10 kali penyertaan, tertakluk kepada pendaftaran yang berjaya.

Untuk menyertai kempen ini, pemegang kad perlu mendaftar terlebih dahulu sama ada melalui SMS ‘REWARDS’ ke 66628 atau di laman kempen rasmi.

Kemudahan transaksi mata wang asing

Bagi mereka yang merancang percutian atau membeli-belah di luar negara, Akaun Global Access Multi-Currency Account-i menawarkan kemudahan pengurusan sehingga 18 mata wang dalam satu akaun patuh Syariah.

Penukaran mata wang boleh dilakukan secara masa nyata melalui aplikasi MAE tanpa sebarang fi penukaran selain dilengkapi kad debit Mastercard World yang diterima di seluruh dunia.

Akaun ini turut menyediakan perlindungan perubatan perjalanan sehingga USD100,000 serta perlindungan Kemalangan Diri Takaful sehingga RM100,000.

Urusan pembukaan akaun boleh dilakukan segera melalui aplikasi MAE dengan deposit minimum RM50.

Tawaran harian RM5

Selain ganjaran besar, pemegang Kad Debit dan Kredit Mastercard Maybank boleh menikmati tawaran RM5 di pelbagai jenama popular seperti ZUS Coffee, Baskin-Robbins, Krispy Kreme, The Coffee Bean & Tea Leaf, Auntie Anne’s, Nando’s, Marrybrown dan Richeese Factory sehingga 30 Jun 2026. 

Penebusan adalah terhad setiap bulan dan biasanya dihadkan kepada satu penebusan bagi setiap pemegang kad untuk setiap peniaga setiap hari, berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen perayaan ini, pelanggan boleh melayari laman rasmi Maybank.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top