“Bila Dengar Lagu Raya Zaman Sekarang, Macam Lagu Promo Iklan Pasar Raya” 

“Bila Dengar Lagu Raya Zaman Sekarang, Macam Lagu Promo Iklan Pasar Raya” 

“Bila Dengar Lagu Raya Zaman Sekarang, Macam Lagu Promo Iklan Pasar Raya” 


Penyanyi Aweera berkongsikan pendapatnya mengenai trend lagu raya sekarang kedengaran seperti promosi iklan untuk pasar raya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aweera berkata sesetengah lagu raya zaman sekarang berentak joget serta di dengar seperti lagu promosi dan bukan lagu ‘raya’.

BACA: Aweera Harap Kematian Sepupu Allahyarham Elly Terbela

“Maaf… bila aku dengar lagu raya zaman sekarang ala-ala joget, ini pendapat aku. Aku dengar macam lagu promo iklan untuk pasar raya saja, bukan lagu raya,” tulisnya.

Sementara itu, Aweera berkata itu hanya sekadar pandangannya dan ditujukan hanya segelintir karya sahaja. Tambahnya lagi, seni dalam berkarya itu luas serta meminta agar menyerapkan ‘roh’ dalam lagu yang dihasilkan.

“Seni ini luas. Kalau nak buat lagu raya atau apa-apa, tolong bagi ada ‘roh’ dalam lagu itu. Sekadar pandangan aku. Bukan semua tak okey, sesetengah saja. Terima kasih,” katanya. 






Source link

OR

Scroll to Top