“Bila Dia Dakwa Tak Tahu Punca Diceraikan, Itu Mustahil”

“Bila Dia Dakwa Tak Tahu Punca Diceraikan, Itu Mustahil”


Penyanyi Nubhan berkata keputusan untuk berpisah dengan isterinya, Dr Afifah Hidayah bukan dibuat secara tergesa-gesa sebaliknya selepas berfikir panjang.

Memetik BH Online, Nubhan berkata baginya mustahil jika isterinya mendakwa tidak tahu punca diceraikan malah mereka sudah berusaha untuk selamatkan rumah tangga yang dibina selama 10 tahun.

BACA: Nubhan, Usop Wilcha, Mark Adam Antara Peserta Berentap Di GV12

“Berat sebenarnya untuk saya lalui, tapi bukan semua orang mahukannya. Saya sudah fikir perkara ini lama. Bila dia (isteri) dakwa tidak tahu punca diceraikan, saya rasa itu mustahil. Tak mungkin dia tak tahu sebabnya.

“Saya juga pernah berbincang dengan isteri, malah berjumpa dengan ayahnya untuk mendapatkan nasihat. Saya turut menemui mak cik kepada isteri dan pertemuan kami bukan sekali dua.

“Saya juga bawa isteri berjumpa pihak yang pakar dalam hal rumah tangga. Jadi bila dia kata tak tahu punca ingin diceraikan, saya rasa itu tidak wajar,” katanya.

Sementara itu, Nubhan berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai hal perceraiannya dan biarlah hanya dia dan isterinya sahaja yang tahu apa yang berlaku.

“Saya tak mahu mengulas panjang kerana bimbang tersalah cakap. Kami sudah hidup bersama selama 10 tahun, jadi biarlah perkara itu saya simpan sendiri.

“Saya cuba bertahan selama 10 tahun. Kami bukan tak cuba perbaiki hubungan, malah sudah berjumpa dengan orang yang arif,” katanya.

Mengulas mengenai rumah yang didakwa isterinya yang terletak di Dengkil, Nubhan berkata kediaman itu hanya disewa dan dia memilih untuk mengasingkan diri kerana tidak mahu anak-anak melihat mereka bergaduh.

“Saya rasa perlu mengasingkan diri untuk kawal emosi. Saya tak mahu bila kami bergaduh, anak-anak nampak. Saya mahu mereka membesar tanpa dibayangi masalah orang tua. Jadi saya keluar dari rumah itu demi kebaikan mereka,” katanya.

Sumber: BH Online






Source link

OR

Scroll to Top