Bila Nak Beria Ajak Kahwin… Bila Kantoi Curang Kata Isteri Macam-Macam” – Abby Abadi

Bila Nak Beria Ajak Kahwin… Bila Kantoi Curang Kata Isteri Macam-Macam” – Abby Abadi

Bila Nak Beria Ajak Kahwin… Bila Kantoi Curang Kata Isteri Macam-Macam” – Abby Abadi


Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menyorot perhatian apabila berkongsi kenyataan meluahkan rasa kesalnya terhadap golongan lelaki yang didakwa mengkhianti golongan isteri dan bertindak menyalahkan pasangan sendiri.

Kata Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, ramai golongan lelaki hari ini yang tidak bertanggungjawab selepas mendirikan rumah tangga.

“Kantoi curang lepastu kata isteri macam-macam.

“Sebahagian lelaki sekarang makin menjadi-jadi ya. Bila nak, beria ajak kahwin. Baru beranak seorang dah macam-macam,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Jelasnya, terdapat segelintir suami yang tanpa rasa bersalah berkelakuan curang, meninggalkan isteri dan kemudian muncul bersama pasangan baru seolah-olah menganggap perkahwinan itu seperti satu permainan.

“Sendiri buat perangai, senang-senang sahaja keluar rumah, main tinggal.

“Lepastu, tiba-tiba ada pengganti dah. Buat main je anak orang!

“Malaysia! Tolonglah gubal undang-undang baru. Tak selesai yang lama, tak lulus kahwin baru! Titik! Yang setuju, yang bersama saya, jom buat sepanduk! Kita ikat lelaki-lelaki spesies macam ni dekat pokok, biar kena gigit kerengga,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ramai yang bersetuju dengan pendapat peribadi Abby terhadap ketidakadilan yang dihadapi golongan wanita membabitkan isu rumah tangga.



Source link

OR

Scroll to Top