“Bila Putih Sangat, Tak Boleh Nak Mekap Beria Sebab Nampak Macam Pond*n” 

“Bila Putih Sangat, Tak Boleh Nak Mekap Beria Sebab Nampak Macam Pond*n” 


Pelakon Riena Diana berkata meskipun dia sering dilabel memiliki kulit yang putih namun dia mempunyai masalah kurang keyakinan diri apabila mengenakan solekan.

Menerusi satu hantaran di Threads, Riena berkata dia tidak boleh mengenakan solekan terlalu tebal atau berlebihan kerana dilihat seperti lelaki menyerupai wanita.

BACA: Keith Foo Suka Tengok Riena Diana Bertudung

“Saya selalu dilabel perempuan berkulit putih tapi sejujurnya, saya ada mempunyai masalah kurang keyakinan. Bila putih sangat, make up selalu tak boleh nak beria sebab nanti nampak mcm pond**. 

“Bila tak pakai mekap nampak pucat kadang-kadang. Saya sentiasa kena pakai solekan secara dan sejujurnya kadang-kadang boring,” katanya.

Sementara itu, Riena berkata dia memuji wanita yang memiliki ‘tan skin’ yang dilihat sangat cantik kerana tanpa mekap juga kulit dilihat bersih.

“Tapi bila tengok kulit tan skin make up, wow campak make up apa pun lawa sangat-sangat. Not to mention bila diorang tak pakai mekap.  Tan skin ni kulit sejenis nampak bersih & berkilat. FAHAM TAK?! LAWA SANGAT,” katanya.

Dalam pada itu, Riena turut memuji selebriti lain yang memiliki kulit tidak berapa putih kerana mereka dilihat sangat cantik apabila bersemuka, namun dia bersyukur dengan kulitnya. 






Source link

OR

Scroll to Top