Pelakon dan selebriti, Raf Yaakob, menegaskan dalam sesuatu hubungan, kejujuran dan kepercayaan adalah asas utama yang perlu dipupuk oleh setiap pasangan.
Menurut Raf atau nama lengkapnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, dia tidak kisah sekiranya pasangannya mahu mengakses telefon bimbit atau media sosial miliknya pada bila-bila masa kerana berpendapat tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan.
“Bila saya dalam sesuatu perhubungan atau perkahwinan, anda boleh access my phone 24 jam, anda tahu password, boleh periksa WhatsApp termasuklah boleh periksa my Instagram Direct Message,” katanya.
Jelas Raf, sikap terbuka itu bukan sekadar untuk menunjukkan kejujuran, tetapi cara untuk membina kepercayaan dalam hubungan.
“Saya tidak ada apa yang nak disembunyikan. Dengan cara itu saya membina kepercayaan terhadapnya.
“Jadi bila saya kata saya tengah sibuk untuk cari nafkah, tolong faham. Memang busy dan tidak pernah menyimpang benda-benda yang tak bermoral,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan perkongsian tersebut.
Malah, mereka menganggap individu yang menjadi pasangan Raf sangat bertuah kerana mempunyai suami yang jujur.









