Bintang Korea, Soo Min teruja bercuti di Sabah

Bintang Korea, Soo Min teruja bercuti di Sabah


Kuala Lumpur: Pelakon popular Korea Selatan, Jo Soo Min, 25, bercuti sakan di Kota Kinabalu (KK), Sabah, dengan meneroka pelbagai keindahan lokasi pelancongan terkenal itu.

Soo Min menerusi hantaran di Instagram luangkan masa berjalan-jalan di pusat bandar, bersantai di pusat peranginan, serta menikmati lawatan di atas laut.

Percutian bintang drama The Penthouse: War in Life itu sekali gus menjadi sorotan netizen terutama rakyat Sabah sendiri yang teruja kerana dia memilih melawat destinasi berkenaan.

“Selamat datang ke Malaysia, selamat datang ke negeri di bawah bayu. Lain kali, kamu boleh cuba Semporna. Pulau-pulau di sana lebih cantik berbanding di Kota Kinabalu,” itu antara komen netizen.

Meninjau Instagramnya, Joo Min sudah berada di KK sejak 15 Mei lalu. Ramai komen mereka berharap dapat terserempak dengannya depan mata.

Tidak dinafikan, KK semakin menjadi tumpuan ramai selebriti Korea untuk bercuti.

Ternyata dia juga tidak ingin melepaskan peluang untuk meneroka bandaraya popular itu.

Terdahulu, pelako Lee Min-ki, 39, turut memilih Sabah sebagai destinasi percutiannya.

Dia berkongsi video dan foto mendaki sekali gus menawan puncak Gunung Kinabalu.

Sebelum memuat naik hantaran dirinya berada di Sabah, ada turut berkongsi bertemu secara bersemuka dengan aktor itu di sebuah restoran di ibu kota untuk bersarapan pagi.

Tidak ketinggalan, pelakon kegilaan ramai, Cha Eun Woo juga memberitahu dia teringin bercuti di KK jika berpeluang suatu hari nanti.

Hajat itu dikongsikan ketika bertandang ke sini adakan konsert solo pada Februari lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top