Bitget Launchpool menambahkan Towns Protocol (TOWNS) dengan lebih daripada 16 juta dalam Ganjaran Token

Bitget Launchpool menambahkan Towns Protocol (TOWNS) dengan lebih daripada 16 juta dalam Ganjaran Token


Bitget Launchpool adds Towns Protocol (TOWNS) with over 16M in Token Rewards

VICTORIA, Seychelles, Aug. 07, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka, telah mengumumkan penyenaraian Towns Protocol (TOWNS) di Launchpool serta pelancarannya untuk dagangan spot. Dagangan bagi pasangan TOWNS/USDT akan bermula pada 5 Ogos 2025, jam 14:30 (UTC), manakala pengeluaran akan tersedia mulai 6 Ogos 2025, jam 15:30 (UTC).

Kempen Launchpool Bitget untuk Towns Protocol menawarkan sebanyak 16,340,000 TOWNS sebagai jumlah ganjaran. Pengguna yang layak boleh menyertai dengan mengunci BGB dan TOWNS sepanjang tempoh acara, dari 6 Ogos 2025, 06:00 hingga 10 Ogos 2025, jam 06:00 (UTC). Dalam kolam penguncian BGB, pengguna boleh mengunci antara 5 hingga 50,000 BGB, dengan had maksimum bergantung pada tahap VIP masing-masing, untuk berpeluang memperoleh sebahagian daripada 15,215,000 TOWNS. Sementara itu, dalam kolam penguncian TOWNS, pengguna boleh mengunci antara 110 TOWNS hingga 11,254,000 TOWNS untuk peluang memperoleh sebahagian daripada 1,125,000 TOWNS.

Towns Protocol ialah infrastruktur terdesentralisasi yang direka untuk menyokong aplikasi pemesejan masa nyata di atas rantaian blok, sekaligus berfungsi sebagai lapisan komunikasi untuk Web3. Dibina pada rantaian L2 yang serasi dengan EVM dan menggunakan kontrak pintar yang dilancarkan di Base, protokol ini menggabungkan nod aliran luar rantaian yang terdesentralisasi dengan logik atas rantaian untuk membolehkan pengalaman komunikasi yang boleh diprogram sepenuhnya dan tanpa kebenaran, yang dikenali sebagai “Spaces.” Spaces ini boleh disesuaikan dan dimiliki, sekaligus menampilkan keahlian pada rantaian, sistem reputasi yang fleksibel dan penyulitan hujung ke hujung. Towns Protocol memperoleh nilai melalui kutipan yuran daripada jualan keahlian ini, serta daripada aktiviti dagangan dan pemberian tip antara pengguna. Yuran tersebut dikutip dalam bentuk ETH dan digunakan untuk mengimbangi ganjaran yang dikeluarkan oleh protokol kepada pengendali nod melalui mekanisme pembelian dan pembakaran secara programatik.

Bitget terus memperluaskan tawarannya dengan mengukuhkan kedudukannya sebagai platform perdagangan mata wang kripto yang terkemuka. Bursa tersebut telah membina reputasi sebagai penyedia penyelesaian inovatif yang memperkasakan pengguna untuk menerokai kripto dalam ekosistem CeDeFi yang selamat. Dengan pelbagai pilihan yang merangkumi lebih 800 pasangan mata wang kripto serta komitmen untuk meluaskan tawaran kepada lebih 900 pasangan dagangan, Bitget menghubungkan pengguna kepada pelbagai ekosistem, termasuk Bitcoin, Ethereum, Solana, Base dan TON. Penyertaan Towns Protocol ke dalam portfolio Bitget menandakan langkah penting dalam usaha memperluas ekosistemnya dengan menerima pakai infrastruktur komunikasi terdesentralisasi, sekaligus membolehkan rangkaian pemesejan yang boleh diprogram dan menjana nilai selaras dengan masa depan interaksi sosial atas rantaian serta pengewangan komuniti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Town Protocol, layari di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f647434c-8898-4843-b5d3-abb921e1636b



Source link

OR

Scroll to Top