VICTORIA, Seychelles, Jan. 09, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka, dengan sukacitanya mengumumkan integrasi silang rantaian token asalnya, Bitget Token (BGB), ke dalam Morph Chain. Langkah strategik ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam mengembangkan ekosistem BGB atas rantaian dan komitmennya untuk memperkasakan pengguna dengan aksesibiliti dan utiliti yang lebih luas.
Dengan integrasi ini, BGB kini tersedia di Morph Bridge, memudahkan pemindahan token yang lancar merentasi pelbagai rantaian blok. Bitget juga telah melancarkan kolam kecairan untuk BGB di Bulbaswap, pasaran perdagangan dan kecairan utama di Morph, dengan Jumlah Nilai Terkunci (TVL) melebihi $1.1 juta dalam beberapa hari selepas pelancarannya. Pengguna kini boleh mengambil bahagian dalam kolam kecairan untuk memperoleh ganjaran sambil menyokong pertumbuhan ekosistem BGB.
Bagi memberikan insentif kepada aktiviti atas rantaian yang berkaitan dengan BGB, peserta The Great Token Migration (Morph Zoo Musim 2) boleh menyertakan BGB dalam aktiviti pemindahan token mereka untuk memperoleh Morph Points. Tindakan yang layak termasuk memindahkan BGB dari Ethereum ke Morph, memindahkannya semula dari Morph ke Ethereum dan menyimpan BGB di Morph untuk mengumpul mata Musim 2. Pengguna Bitget Wallet mendapat manfaat daripada pengganda 1.2x pada skor jambatan semasa acara tersebut.
Gracy Chen, Ketua Pegawai Elsekutif Bitget, mengulas tentang integrasi ini: “Komitmen kami terhadap pertumbuhan jangka panjang dan utiliti BGB tetap kukuh. Dengan memindahkan BGB ke Morph Chain dan memperkenalkan kolam kecairan baharu, kami sedang mengembangkan jangkauannya dan memberikan lebih banyak peluang kepada pengguna. Integrasi ini selaras dengan visi kami untuk menjadikan BGB sebagai asas kepada aplikasi terdesentralisasi dan dunia nyata, memberi kuasa kepada komuniti BGB untuk mengambil bahagian sepenuhnya dalam ekosistem Web3 yang berkembang.”
Integrasi Morph Chain selaras dengan strategi lebih luas Bitget untuk meningkatkan utiliti BGB dalam senario atas rantaian dan luar rantaian. Baru-baru ini, Bitget melancarkan kertas putih BGB baharu, yang menggariskan rancangan bercita-cita tinggi untuk masa depan token tersebut. Inisiatif utama termasuk program pembelian balik dan pembakaran untuk mewujudkan model deflasi bagi menyokong nilai jangka panjang. Fasa pertama inisiatif ini telah menyaksikan 800 juta BGB dibakar, mewakili 40% daripada jumlah bekalan keseluruhan.
Kertas putih tersebut juga menggariskan rancangan untuk meletakkan BGB sebagai aset teras untuk staking, penyediaan kecairan, dan aplikasi DeFi atas rantaian. Selain itu, Bitget sedang giat berusaha untuk mengintegrasikan BGB ke dalam kes penggunaan PayFi, membolehkan utiliti dunia nyata yang merangkumi pembayaran untuk makan, perjalanan dan membeli-belah melalui Kad Bitget.
Pada tahun 2024, BGB menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa, mencapai peningkatan sepuluh kali ganda sepanjang tahun dan mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu token bursa yang paling berjaya. Menurut CoinMarketCap, BGB kini menduduki tempat ke-25 dengan permodalan pasaran sebanyak 74 bilion.
Morph ialah penyelesaian penskalaan Layer 2 yang canggih dibina atas Ethereum, direka untuk meningkatkan kelajuan transaksi dan mengurangkan kos sambil mengekalkan keselamatan dan desentralisasi Ethereum. Disokong oleh pelabur terkemuka seperti DragonFly Capital, Pantera Capital dan Foresight Ventures, Morph melancarkan mainnetnya pada penghujung 2024, memperkenalkan jambatan silang rantaian yang lancar dan menyokong ekosistem aplikasi terdesentralisasi (dApps) yang berkembang.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Menyediakan perkhidmatan kepada lebih 45 juta pengguna di lebih daripada 150 negara dan rantau, Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui penggunaan ciri dagangan salinan perintisnya dan penyelesaian dagangan lain, sambil menawarkan akses kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain dalam masa nyata. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dikembalikan. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai untuk keputusan masa depan. Bitget tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin berlaku. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada Syarat Penggunaan kami.
Foto yang disertakan bersama-sama pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4f042830-e0ae-43ad-9503-71c971587134