Bitget Sertai Portal Sahyog I4C India untuk Menyokong Penguatkuasaan Undang-Undang Tempatan

Bitget Sertai Portal Sahyog I4C India untuk Menyokong Penguatkuasaan Undang-Undang Tempatan


Bitget Onboards on India's I4C’s Sahyog Portal to Support Local Law Enforcement

NEW DELHI, June 24, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka, kini telah menyertai secara rasmi portal Sahyog India, yang juga merupakan antara muka utama di bawah rangka kerja Pusat Penyelarasan Jenayah Siber India (I4C). Portal ini memudahkan komunikasi langsung dan berstruktur antara agensi penguatkuasaan undang-undang serta penyedia perkhidmatan digital. Perkembangan ini menandakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara platform aset maya dan pihak berkuasa India dalam siasatan jenayah siber.

Portal Sahyog berfungsi sebagai sistem berpusat yang membolehkan agensi penguatkuasaan undang-undang mengemukakan permintaan rasmi untuk pendedahan data selaras dengan Seksyen 94 Bharatiya Nagarik Suraksha Sanhita (BNSS) dan Seksyen 79(3)(b) Akta Teknologi Maklumat. Peruntukan ini membolehkan pihak berkuasa India mendapatkan akses kepada bukti digital, data pengguna dan rekod transaksi daripada penyedia perkhidmatan yang berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan. Integrasi Bitget memastikan bahawa permintaan masa depan dapat diuruskan melalui saluran yang ditetapkan, selamat dan mematuhi undang-undang.

Bursa global sedang giat disepadukan ke dalam sistem Sahyog bagi meningkatkan keupayaan siasatan dan mengurangkan kelewatan prosedur. Selain Bitget, beberapa platform global utama lain turut disepadukan ke dalam sistem Sahyog sebagai langkah untuk memperkukuhkan keupayaan dan ketahanan sistem tersebut. Tujuan utamanya ialah untuk memberi penyiasat akses terkumpul kepada data penting yang menyokong tindakan penguatkuasaan tepat pada masanya dalam kes yang melibatkan aset maya.

Bitget telah mengambil pelbagai langkah dalam beberapa bulan kebelakangan ini bagi menyelaraskan operasinya dengan rangka kerja pematuhan serantau merentasi bidang kuasa utama. India telah dikenal pasti sebagai salah satu pasaran strategik utama dalam usaha ini. Penyertaan dalam portal rasmi penguatkuasaan undang-undang merupakan contoh jelas pendekatan proaktif Bitget dalam menyelaraskan operasinya dengan piawaian kawal selia tempatan. Usaha ini sejajar dengan matlamat lebih luas bursa tersebut untuk membantu mewujudkan persekitaran perdagangan aset digital yang telus dan bertanggungjawab, khususunya ketika pihak berkuasa di seluruh dunia semakin memperketatkan pemantauan terhadap transaksi kripto.

“Beroperasi secara bertanggungjawab di semua bidang kuasa kekal menjadi keutamaan Bitget. Landskap kawal selia dan penguatkuasaan di India berkaitan aset digital sedang berkembang pesat dan penyelarasan dengan inisiatif seperti Sahyog menyerlahkan satu langkah praktikal ke hadapan. Bitget akan terus bekerjasama secara konstruktif dengan pengawal selia tempatan bagi memastikan sistem kami memenuhi keperluan perundangan dan teknikal untuk menyokong agensi-agensi berkenaan,” kata Hon NG, Ketua Pegawai Undang-Undang Bitget.

Seiring dengan perkembangan pesat sektor aset digital global, penglibatan yang lebih erat antara penyedia perkhidmatan kripto dan kerajaan menjadi semakin penting bagi memastikan operasi yang mampan. Penyepaduan ke dalam rangka kerja seperti Sahyog membolehkan bursa seperti Bitget memberikan maklum balas yang tersusun dan tepat pada masanya terhadap permintaan undang-undang, ini sekali gus mengurangkan halangan dalam kerjasama rentas sempadan dan memastikan agensi penguatkuasaan undang-undang mempunyai akses kepada alat yang diperlukan untuk pengumpulan bukti digital.

Fokus baharu telah diberikan terhadap peranan bursa asing yang beroperasi dalam sempadan India susulan penekanan negara itu yang semakin ketara untuk menginstitusikan pendekatannya terhadap aset maya. Pematuhan terhadap peruntukan pendedahan data serta penyertaan dalam platform seperti Sahyog dijangka memainkan peranan penting dalam membentuk hubungan masa depan antara firma kripto dan pihak berkuasa negara. Penyepaduan Bitget menambah kepada senarai entiti global yang semakin berkembang dan kini boleh diakses melalui Sahyog, sekali gus menandakan arah aliran yang lebih meluas ke arah penyelarasan kawal selia yang semakin meningkat dalam industri ini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 120 juta pengguna di lebih daripada 150 buah negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, staking, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal. Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global kepada atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi menerima masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka bersedia tanggung jika berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0956e457-f148-4c31-b579-b6261058c890



Source link

OR

Scroll to Top