Blood Brothers 'mendunia', kutip RM14.9 juta dalam masa tiga hari tayangan

Blood Brothers 'mendunia', kutip RM14.9 juta dalam masa tiga hari tayangan



mohamadridzuan@hmetro.com.my 

Kuala Lumpur: Filem aksi terbaharu, Blood Brothers: Bara Naga arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra semakin ‘mendunia’ apabila berjaya mencatat kutipan RM14.9 juta dalam tempoh tiga hari tayangan awal. 

Penonton ternyata tidak melepaskan peluang cuti hujung minggu untuk berkunjung ke pawagam bagi menyaksikan filem bertemakan persaudaraan terbitan Skop Productions dan Primeworks Studios (PWS) ini. 

Blood Brothers yang dilabelkan  sebagai filem berkualiti antarabangsa khususnya filem Hollywood mula ditayangkan di 146 pawagam seluruh negara bermula Khamis lalu. 

Filem yang dihasilkan dengan kos RM7 juta ini menampilkan lakonan hebat Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syazwan Zulkifly, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Kisah filem Blood Brothers: Bara Naga memaparkan perjalanan hidup Ariff lakonan Syafiq Kyle yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah naungan Datuk Zul (Wan Hanafi Su), ahli perniagaan berpengaruh yang juga merangkap sebagai ketua Mafia Naga.

Sejak itu, Ariff mengangkat bai’ah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan dipanggil Silent Guard, sekali gus terikat sebagai Blood Brother kepada Ghaz.

Namun, ketika pengkhianatan dahsyat menggoncang dunia mereka, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pembelot dan dijadikan suspek utama.

Dalam keadaan terdesak membersihkan namanya, Ariff terpaksa melarikan diri dan mendapatkan bantuan abang kandung yang sudah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).

Sementara itu, Ghaz diamanahkan untuk memburu dan menangkap Ariff, lantas menyerahkannya kepada pengadilan keluarga Naga yang dahagakan balas dendam.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top