Pelakon Janna Nick mempersoalkan sikap segelintir individu yang memperjuangkan isu boikot adakah ianya bersifat bermusim atau mengikut trend semasa.
Menerusi satu hantaran di Threads, Janna berkata kenyataannya itu bukan untuk menyerang selebriti atau pempengaruh yang menerima tawaran produk boikot.
BACA: “Semoga Ada Rezeki Tolak Stroller Pula” – Kapsyen Janna Nick Undang Sebak

“Maaf, nak tanya netizen. boikot ni bermusim ke? No hatred to all artists dan KOL yang accept boycott product job.
“Cuma, tertanya mana integriti , kejujuran & kegigihan netizen yang menghembur semua? Ke haritu just join the bandwagon sebab nak tunggang isu semasa? Hipokrit ek,” tulisnya.
Sementara itu, Janna berpendapat setiap individu berhak membuat pilihan sendiri dan tidak wajar tidak wajar untuk mengecam hanya kerana pilihan mereka.
“Kita tak boleh kawal pilihan orang lain, tapi kita boleh kawal pilihan kita sendiri. Jadi kalau ada artis atau pempengaruh yang terima kerja produk boikot. Korang jangan nilai, kecam lebih-lebih hanya sebab nak tumpang isu trending.
“Sebab dekat sini, saya nak tegaskan, yang masa isu boikot tengah tak popular, Korang senyap!” tegasnya.






