Bola melantun hampir sama seperti arnab melompat-lompat

Bola melantun hampir sama seperti arnab melompat-lompat


PENGENDALI Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique menyuarakan kritikan terhadap kualiti padang di Piala Dunia Kelab selepas Les Parisiens mencatat kemenangan ke atas Seattle Sounders.

Perlawanan tersebut berlangsung di Lumen Field, Seattle yang merupakan gelanggang bagi pasukan Liga Bolasepak Utama (MLS), Sounders dan pasukan Liga Bolasepak Kebangsaan (NFL), Seattle Seahawks.

Padang tiruan stadium itu telah digantikan dengan rumput hibrid sementara untuk temasya melibatkan 32 kelab dunia berkenaan.

Pengendali dari Sepanyol itu menegaskan bahawa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), perlu mengambil kira kualiti padang perlawanan dan padang latihan sekiranya mahu Piala Dunia Kelab menjadi pertandingan berprestij dunia.

“Saya tidak dapat bayangkan gelanggang NBA penuh dengan lubang.

“Apa yang saya benar-benar pedulikan ialah keadaan padang permainan, dan saya katakan ini pada hari kami menang. Bola melantun hampir sama seperti arnab melompat-lompat, kata pengendali berusia 55 tahun itu selepas menang 2-0 untuk mengesahkan kedudukan teratas dalam Kumpulan B kejohanan yang dihoskan di Amerika Syarikat tersebut.

Sebagai rekod, PSG memenangi Liga Juara-Juara pada hujung Mei dengan kemenangan dominan ke atas Inter Milan di Munich, melengkapkan treble Eropah dan domestik.

Tambah Luis Enrique, Les Parisiens terpaksa menyesuaikan cara permainan mereka sejak tiba di AS disebabkan keadaan padang.

“Lumen Field adalah contohnya, ia dulunya rumput tiruan dan kini rumput semula jadi, dan mereka perlu menyiramnya dengan tangan mereka melakukannya pada separuh masa, tetapi padang kering semula dalam 10 minit.

“Bagi permainan kami, ini adalah masalah. Ia sangat berbeza dengan padang-padang Eropah. Rumputnya berbeza dan oleh itu tidak begitu mudah untuk mempunyai kelancaran yang sama untuk bermain mengikut gaya kami tetapi kami berjaya menyesuaikan diri dengan baik dan kami sangat gembira,” tambahnya.



Source link

OR

Scroll to Top