Bola sepak bukan semudah macam main PlayStation – Maresca

Bola sepak bukan semudah macam main PlayStation – Maresca


PENGENDALI Chelsea, Enzo Maresca membidas kritikan terhadap kemenangan tipis 1-0 pasukannya ke atas Leicester City dan menegaskan bahawa memenangi perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak semudah bermain di konsol permainan video PlayStation.

The Blues melonjak ke tangga keempat liga hasil jaringan Marc Cucurella pada babak kedua di Stamford Bridge pada Ahad.

Bagaimanapun, persembahan Chelsea yang kurang meyakinkan sepanjang perlawanan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong, dengan sebahagian daripada mereka mengejek pasukan ketika rehat separuh masa pertama.

Maresca yang terkenal dengan gaya permainan mengutamakan penguasaan bola berbanding serangan pantas, sekali lagi mempertahankan pendekatan taktikalnya dan menempelak para pengkritik selepas meraikan kemenangan keempat Chelsea dalam 12 perlawanan liga terakhir mereka.

“Orang ramai perlu faham ini adalah cara kami, gaya permainan kami, dan inilah cara kami akan terus bermain.

“Apabila pasukan mencipta begitu banyak peluang seperti hari ini, anda harus berasa gembira. Ia bukan tugas mudah. Leicester juga berjaya mengikat Arsenal tanpa jaringan sehingga minit ke-83 sebelum tewas.

“Jika anda fikir bola sepak itu seperti PlayStation dan mudah untuk menang, anda silap. Setiap perlawanan adalah sukar. Apa yang pemain lakukan hari ini adalah sesuatu yang luar biasa,” katanya.

Chelsea kini berada dua mata di hadapan Manchester City dalam usaha mereka untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara Eropah dengan menjadi empat pasukan terbaik EPL.



Source link

OR

Scroll to Top