Bolehkah bungkus makanan di majlis kenduri kahwin?

Bolehkah bungkus makanan di majlis kenduri kahwin?


Soalan

Apakah hukum mengambil makanan di majlis seperti kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran untuk dibawa pulang ke rumah?

Jawapan

Hukum mengambil makanan di sesebuah majlis seperti kenduri kahwin untuk dibawa pulang, ia bergantung kepada keizinan tuan rumah dan adat kebiasaan majlis tersebut.

Jika tuan rumah mengizinkannya, maka ia dibenarkan seperti tuan rumah berkata: “Kalau ada makanan lebih, bolehlah dibawa balik.”

Dalam keadaan ini, harus untuk membawa pulang makanan tersebut.

Sekiranya sudah menjadi adat kebiasaan tetamu dibenarkan membawa pulang makanan, maka uruf atau adat tersebut boleh dianggap sebagai petunjuk keizinan tuan rumah.

Bagaimanapun, jangan mengambil kesempatan dengan membawa makanan dalam kuantiti yang banyak sehingga mengurangkan bahagian tetamu lain.

Adapun jika tuan rumah tidak pernah membenarkan tetamu membawa pulang makanan atau keadaan menunjukkan makanan itu memang disediakan untuk dimakan di majlis sahaja, maka tidak dibolehkan atau haram untuk mengambilnya sesuka hati, walaupun hanya sebiji kuih.



Source link

OR

Scroll to Top